Resepi Kuih Pau Inti Kari Daging Gebu

8869
Kalau beli pau , mesti tak puas hati kan, sebab inti daging tapi lebih banyak kentang. Apa cuba Resepi Kuih Pau Inti Kari Daging Gebu ni. Klik sini
Kalau beli pau , mesti tak puas hati kan, sebab inti daging tapi lebih banyak kentang. Apa cuba Resepi Kuih Pau Inti Kari Daging Gebu ni. Klik sini

Salam dan selamat sejahtera pengunjung dari dapur dot com. Selepas habis bercuti hujung minggu, apa kata kali ini anda cuba Resepi Kuih Pau Inti Kari Daging Gebu .

Memang gebu dan yang paling puas hati bila inti daging nya banyak . Memang terbaik la hasil buat sendiri kan. Jom lihat resepi dan cara buat pau ini.

Bahan – Bahan Resepi Kuih Pau Inti Kari Daging Gebu

Ini untuk hasilkan dalam anggaran 15 biji pau daging

500 gramm tepung pau

1/2  cawan gula kastor ( boleh guna gula biasa, tapi blender sampai halus dahulu )

1/4 cawan minyak jagung

1 1/4 cawan air mineral / masak

6 gm instant yis
Inti Pau Daging

Panaskan periuk pada api sederhana, masukkan daging, sedikit serbuk kari , ubi kentang yang dipotong dadu , bawang merah yang dipotong halus, sedikit halia , air dan masak sehingga semua menjadi empuk dan kering.

Cara Penyediaan Pau Daging

Pertama , masukkan air ke dalam mangkuk atau bekas yang besar, selepas itu , tuang gula kastor tadi dan kacau sehingga larut . Biarkan seketika. Ambil bekas lain dan masukkan tepung pau bersama yis. Kacau sebati. Masukkan pula minyak dan gaul sehingga menjadi doh.

Kedua , masukkan bancuhan air gula dan tuang sedikit demi sedikit sehingga doh anda tidak melekat di bahagian dinding bekas/mangkuk. Selepas itu, biarkan doh selama 15 minit.

Tips – Rehatkan doh di tepi peti sejuk ( berdekatan suhu yg sedikit panas )  untuk dapatkan doh yang kembang elok.

Ketiga , doh yang dibiarkan tadi diuli semula untuk seketika dan bahagikan doh menjadi seberat 60-65 gram setiap satu. Leperkan doh dan masukkan inti kari daging tadi . Kemudian tutup doh dengan kemas dan letakkan di atas paper cup / kertas baking / kertas minyak. Jika anda buat banyak jenis inti, tandakan dengan setitik pewarna.

Keempat , doh yang siap diisi tadi direhatkan lagi selama 40 minit. Selepas itu, kukus doh menggunakan api sederhana selama 10-15 minit.

Wah, dah siap dah pau daging dan sangat best di makan panas .

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Resepi Curry Puff Lazat
Resepi Kuih Bom Kacang
Resepi Kuih Talam Suji
Resepi Kuih Talam Lapis Pulut Hitam
Resepi Kuih Talam Keladi

serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel