Resepi Kuih Peneram Dengan 6 Tips Istimewa Dari Pakar Pembuatnya

3326
Nak belajar resepi kuih peneram yang lembut tak keras, doh yang terasa sebati tepung dan serta gulanya serta doh tahan lama ? Kami beri khas untuk anda.

Sebut sahaja resepi kuih peneram , terus terbayangt kuih bewarna kecoklatan yang digoreng sekejap dalam minyak panas dan sangat lembut rasanya.Biasanya kuih ini dijual di pasar malam dan asal kuih ini daripada kuih orang India tetapi kini kuih peneram menjadi kesukaan pelbagai bangsa di negara kita.

Walaupun banyak dijual tetapi kadang-kadang rasa kuih peneram yang dibeli tidak seperti yang diharapkan.Dengan serap minyaknya, rasa tepung sahaja dan yang paling teruk ialah kuih menjadi keras apabila sudah sejuk.

Kami akan kongsikan resepi kuih peneram beserta tips yang sangat membantu anda dalam hasilkan kuih ini.

1- Tepung beras pilihan yang sangat elok untuk kuih ini ialah daripada jenama Teratai.

2- Pastikan gula merah yang dimasak di atas dapur dimasak menjadi cair dan betul-betul mendidih sebelum dimasukkan ke dalam tepung.

3- Apabila sudah mendidih, letak penapis di dalam adunan tepung dan ceduk gula merah yang masih panas tadi dan masukkan ke adunan kuih peneram dengan melalui tapisan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Tiramisu Sedap Sangat Dimakan Sejuk.Cair Dalam Mulut

4- Uli setiap 2-3 jam sekali untuk elakkan doh menjadi keras kalau anda buat dalam kuantiti yang banyak.

5- Biar kurang air tapi jangan lebih dalam adunan. Kalau kurang air boleh sesuaikan dengan tambah air panas kemudian, tapi kalau lebih air jgn sesekali tambah tepung.

6- Goreng masa minyak betul-betul panas dan dalam kuantiti yang sedikit.

Terima kasih kepada Puan Siti Raihana Mohd Noor di atas resepi kuih peneram dan beliau sememangnya pakar dalam pembuatan kuih ini.

Nak belajar resepi kuih peneram yang lembut tak keras, doh yang terasa sebati tepung dan serta gulanya serta doh tahan lama ? Kami beri khas untuk anda.

Bahan Resepi Kuih Peneram Warisan Asli :

  • 500 gram tepung beras Cap Teratai
  • 500 gram gula merah
  • 1 cawan air

Tips tambahan : Gula merah bukan gula melaka.Guna gula merah yang dalam plastik yang seperti ketulan itu. Elakkan guna brown sugar light sebab ia akan buat kuih merekah dan keras.

Cara Penyediaan Resepi Kuih Peneram Lembut :

#1:  Masak gula merah bersama 1 cawan air. Masak hingga mendidih. Ini namanya teknik ruapan. Pastikan gula meruap (berbuih-buih  dalam periuk. Kacau rata jangan sampai gula hangus.

*Jika teknik masak air gula dah salah, ia akan beri effect pada kuih kemudiannya. Kuih akan keras seperti batu. Jadi pastikan ikut teknik yang betul.

#2: Masukkan gula merah yang masih panas ke dalam tepung beras yg dah diletakkan dalam besen utk adunan. Tapis air gula dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung beras. Kacau rata hingga jadi ‘bertali’. Maksudnya bila angkat senduk ia akan jatuh cantik mcm tali. Pastikan guna senduk kayu kayu untuk menguli. Gula merah yg masih panas akan ‘memasakkan’ sedikit tepung beras tu dan kita hanya akan goreng dlm bberapa saat sahaja nanti.

#3: Doh kuih peneram WAJIB diperap lebih 5 jam. Kalau nak senang buat malam perap pagi esok goreng. Ini untuk memastikan tepung beras dan gula merah betul2 sebati. Kalau tak, kuih akan rasa tepu. Tepung ke lain gula ke lain .

* Doh peneram makin diperap lama makin sedap kuihnya. TAK PERLU perap dalam peti sejuk.Jangka hayat doh 5-6 hari pada suhu bilik. Lebih dari tu doh akan mula berkulat. So kalau nak makan sendiri tak perlu buat banyak.

#4: Masa dalam perapan, pastikan doh sentiasa diuli 2-3jam sekali. Ini untuk elakkan doh keras. Andai kata doh keras, boleh tambahkan sesudu dua AIR PANAS ke dalam doh. Ingat, sesudu dua sahaja ikut tekstur doh anda. Jangan pi tuang segelas air. Kalau cair jadi cekodok nanti kuih korang tu .

#5: Dah perap semalaman, masa utk goreng. Pastikan minyak betul-betul panas. Panas betul ye, seolah-olah macam nak berasap kuali  tu. Bukan panas mcm nak goreng ikan.

Nak belajar resepi kuih peneram yang lembut tak keras, doh yang terasa sebati tepung dan serta gulanya serta doh tahan lama ? Kami beri khas untuk anda.

*Kalau Taknak Guna Acuan Terap:
– ambil doh sikit sebesar biji guli bulat2 kan dan tepek pkai tapak tangan, ambik chopstik dan buat bulatan kecik kat tengah. Terus masukkan dalam minyak panas tu tadi. Hanya bberapa saat je dalam kuali kuih terus timbul dan kembung cantik.

*Kalau Nak Guna Acuan Terap:
– Pakai roller/penggelek ratakan doh kemudian terap guna penerap bulat saiz kecik.

Insyaallah jika anda ikuti satu persatu tips dan resepi yang diberi kuih peneram akan jadi lembut dan sangat sedap.Tiada lagi rasa tepung , rasa mentah dan keras.Selamat mencuba.</>

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? 

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom