Resepi Kuih Puteri Mandi Menggamit Kenangan  Ramadhan

15694
Kuih puteri mandi ni sinonim bila bulan puasa kan.Siapa teringat kenangan waktu kecil bantu mak buat kuih ni ? Part paling tak suka kena kukur kelapa untuk buat inti kuih puteri mandi ni kan.Tapi masyaallah sedap kongsi ramai-ramai.

Sebut sahaja bulan puasa,ianya semua istimewa.Dari kewajipan umat Islam menunaikan rukun Islam,bersolat terawikh di waktu malam dan juga makanan itu sendiri.

Bila bulan puasa inilah banyak kuih yang muncul dan boleh dikatakan kebanyakan kuih ini menjadi pilihan di bulan ini antaranya puteri mandi,onde-onde,jala mas ,bubur cha-cha dan banyak lagi mengikut negeri masing-masing.

Resepi kuih puteri mandi kalau diikutkan tidak lah berapa susah tapi waktu kecil dulu,tak popular lagi dan jarang-jarang kedai santan serta kelapa.

Kuih puteri mandi ni sinonim bila bulan puasa kan.Siapa teringat kenangan waktu kecil bantu mak buat kuih ni ? Part paling tak suka kena kukur kelapa untuk buat inti kuih puteri mandi ni kan.Tapi masyaallah sedap kongsi ramai-ramai.

Jadi bermula selepas Zohor maka bermulah tugas kami untuk menyediakan kuih puteri mandi untuk berbuka nanti.Daun pandan dipetik di belakang rumah,kelap tua dikopek sabutnya dan dibelah dua.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Ketayap Inti Kelapa Yang Menggamit Kenangan

Nasib baiklah adik beradik ramai,boleh bergilir mengukur kelapa.Ya kukur sebelah seorang menggunakan kukur tradisional.Gula melaka kerek pula diracuk halus.

Walaupun prosesnya banyak tapi bila dah besar ,semua ini menjadi kenangan manis yang dirindui.

Bila dah Asar biasanya kuih puteri mandi ni siap dibuat dan mula diagihkan sedikit  sorang kepada saudara mara dan jiran terdekat.Malam pula diletakkan di surau sebagai hidangan moreh.

Alangkah indah nya hidup ni kan.Dari kuih muih sahaj boleh rapatkan silaturahim sesama insan.

Resepi kuih puteri mandi ini adalah hasil air tangan Puan Mas Cotek yang telah memberi keiizinan kepada pihak kami untuk disiarkan.Anda boleh mengikuti beliau di Facebook pada link namanya.

Bahan-bahan untuk kuih puteri mandi ini:

  • 1 cawan tepun pulut*
  • 1 sudu makan membukit tepung gandum*
  • 1/2 sudu teh garam*
  • Pewarna hijau
  • Air pandan secukupnya hasil dari kisaran 5-6 helai daun pandan.

Isi air dalam pengisar secawan dan untuk tuang ke dalam adunan nanti,masukkan secara sedikit-sedikit.Oleh itu kami tak nyatakan sukatan tepat ya.

Untuk yang tak suka pewarna hijau,boleh sahaja tak masukkan dan gunakan pewarna pandan asli untuk kuih puteri mandi ni.

Kuih puteri mandi ni sinonim bila bulan puasa kan.Siapa teringat kenangan waktu kecil bantu mak buat kuih ni ? Part paling tak suka kena kukur kelapa untuk buat inti kuih puteri mandi ni kan.Tapi masyaallah sedap kongsi ramai-ramai.

Bahan-bahan untuk inti kelapa puteri mandi pula adalah:

  • 1/2 biji kelapa putih sahaja yang tak terlalu tua
  • 1 cawan gula merah / gula perang
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan gula
  • 2 helai daun pandan disimpul

Tips : Jangan terus letakkan gula semasa buat inti.Cuba dulu intinya untuk elakkan terlebih manis.Masukkan ikut pilihan anda

Cara penyediaan inti puteri mandi :

#1: Masukkan air bersama gula merah dan daun pandan di dalam kuali.Tunggu hingga gula merah cair barulah masukkan kelapa parut.Masak guna api kecil dan sehingga sedikit kering san sebati.

#2: Rasa dan tambahkan gula putih jika perlu.Tutup api dan ketepikan.

Cara penyediaan kuih puteri mandi ini :

#1: Sebelum menguli adunan,bolehlah masukkan air dalam periuk dan didihkannya untuk merebus doh nanti.

#2: Masukkan bahan yang bertanda * dan tambahkan sedikit demi sedikit air pandan sehingga membentuk doh dan tak melekt di tangan.Boleh tambah pewarna jika suka.

#3: Bulat-bulatkan doh dengan cara gentel pada saiz kecil dan lekukkan pada bahagian tengah.

#4: Bila air dah mendidih,masukkan adunan kuih puteri mandi yang dah siap ke dalam air rebusan.Cara untuk ketahui ianya masak bila doh dah terapung.Angkat dan toskan.

#5: Gaul sebati doh yang siap dengan inti kelapa

Siap untuk dihidangkan .Kenapa orang dulu namakan kuih ini puteri mandi ya ?

Kuih puteri mandi ni sinonim bila bulan puasa kan.Siapa teringat kenangan waktu kecil bantu mak buat kuih ni ? Part paling tak suka kena kukur kelapa untuk buat inti kuih puteri mandi ni kan.Tapi masyaallah sedap kongsi ramai-ramai.

Mungkin disebabkan prosesnya persis seperti seorang puteri yang disediakan air panasnya,mandi dan bersolek cantik dengan bedak dan wangi-wangiannya kan. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom