Resepi Kuih Ros Goyang Rangup Dengan Tips Istimewa

117394
Sedapnya resepi kuih ros rangup ni.Banyak tips kami beri. Ada panggil kuih goyang, kuih bunga durian, kuih sarang tebuan tapi yang penting sedap dan best.

Selamat datang kepada mereka yang membaca artikel resepi kali ini iaitu resepi kuih ros goyang. Kuih ini antara menjadi pilihan untuk dihidangkan pada hari lebaran bersama pilihan aneka biskut raya yang lain.

Kuih ros atau kuih goyang ini mempunya tekstur yang rangup dan rasa sedikit manis. Banyak nama diberikan pada kuih ini antaranya ialah  resepi kuih ros, kuih goyang , kuih bunga durian atau kuih sarang tebuan. Ianya kerana terdapat perbezaan pada acuan yang digunakan dari segi corak rekaan.

Antara tips berguna bagi hasilkan resepi kuih ros yang sempurna :

1- Pilih acuan yang diperbuat daripada tembaga. Ianya ada dijual di sesetengah tempat. Ada yang dah campur dan ini jadikan kuih goyang melekat tak turun-turun.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Sampan.Rangupnya Biskut Raya Yang Ni.

2- Sediakan 2 kuali/periuk. Satu kuali dengan minyak gorengan , satu periuk dengan sedikit minyak untuk rendam acuan.Pastikan anda celup dulu acuan kuih goyang ke dalam minyak yang panas dalam periuk sebelum dicelup dalam adunan kuih ros ini bagi hasilkan bentuk yang cantik dan mudahkan kuih dikeluarkan daripada acuan.

Lepas kuih ros dah tercabut dari acuan, rendam semula 1-2 minit dalam periuk kecil bagi panaskan acuan tersebut.

Bahan Resepi Kuih Ros Rangup :

  • 4 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan (santan kara saya guna di campur dengan 2 cawan air dan disukat semula ambil 2 cawan sahaja.
  • 2 bji telur ayam
  • 1 sudu makan aiir kapur makan
  • Secubit garam
  • Minyak untuk rendaman acuan
  • Minyak untuk menggoreng

Sedapnya resepi kuih ros rangup ni.Banyak tips kami beri. Ada panggil kuih goyang, kuih bunga durian, kuih sarang tebuan tapi yang penting sedap dan best.

Cara Penyediaan Kuih Ros Cantik Seperti Pakar :

#1: Masukkan tepung beras , gandum, telur, garam dan santan ke dalam blender dan kisar sampai halus. Buat dalam 2 kali sukatan kalau blender kecik. Tapiskan masuk ke dalam bekas besar. Tapis untuk elakkan berketul ya.

#2: Panaskan periuk yang minyak untuk merendam acuan dan juga kuali yang ada minyak untuk menggoreng.

Celupkan acuan ke dalam periuk dalam anggaran 1-2 minit dan barulah direndam ke bekas yang ada adunan kuih ros tadi. Celup 3/4 daripada acuan sahaja untuk mudahkan kuih ros tanggal. jangan celup keseluruhan acuan.

Bila dah celup tu dalam adunan, celup pula dalam minyak untuk menggoreng dan goyang sedikit supaya adunan tertanggal. Boleh juga cungkil dengan lidi sate ya.

Tapi kalau anda nak rendam dalam kuali yang sama pun boleh aslkan guna kuali besar tapak rata ya. Ada dalam gambar kami sertakan ni.

Sedapnya resepi kuih ros rangup ni.Banyak tips kami beri. Ada panggil kuih goyang, kuih bunga durian, kuih sarang tebuan tapi yang penting sedap dan best.

#3: Seeloknya guna dua acuan supaya cepatkan kerja. Masak macam biasa dan ulang langkah celup dlm minyak panas khas untuk rendam acuan, celup 3/4 ke dalam adunan, celup goyang dalam kuali menggoreng.

Itu je langkah yang perlu anda buat.

Memang berbaloi bila dah siap. Rasa kuih ros yang rangup ni dan tersusun cantik dalam bekas bagaikan tarikan untuk tangan menggapainya dan disuap ke dalam mulut. Selamat mencuba resepi best ini.