Resepi Kuih Sagu Mata Ikan Mudah Dengan Haruman Pandan

16206

Sebut sahaja mengenai sagu , diwaktu pagi terus terbayang kuih sagu mata ikan dalam kepala sebahagai hidangan , kalau tengah panas pula , pekena sagu dengan air gula melaka sejuk . Fuhhh..nyaman tekak nya.

Kami berikan anda resepi kuih sagu mata ikan untuk anda cuba buat sendiri di rumah . Kuih sagu ini kita kukus untuk bagi cantik dengan timbulkan bentuk seperti mata ikan di antara kuihnya. 

Nak dapatkan kuih sagu mata ikan nampak cantik berketul ? Guna ja teknik ni sebelum kukus kuih sagu anda dan lumurkan dengan kelapa parut .Sedapnya

Tak kira anda mahu warnakan kuih sagu mata ikan dengan warna merah rose , kuning atau hijau pandan , semuanya terpulang aslkan menjadi kan. So untuk dapatkan rasa kuih sagu yang enak dimakan dengan kelapa , gunakan kelapa muda atau kalau tak de , ambil lapisan putih sahaja. Kan tua-tua tak sedap sangat salut di atas sagu mata ikan ni kan. 

Bahan-bahan untuk resepi kuih sagu mata ikan ni sangat la ringkas . Nampak ja rumit kan. Jom tengok.Kami juga ada hasilkan  video cara buat sagu mata ikan ni.Sebab kami buat sedikit, kuantiti telah kami ubah suai dan buat dalam acuan sahaja.Senang kan

  • 1 cawan sagu putih atau bewarna.Kalau bewarna tak perlu guna pewarna sirap
  • 3 cawan air
  • 3 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • 2 cawan isi kelapa putih bersama sedikit garam
  • 5-6 titik pewarna kesukaan anda iaitu sirap kordial pekat

BACA: Sagu Gula Melaka Yang Pastinya Menggembirakan Tekak

Untuk step by step kuih sagu ni , gunakan teknik seperti ini dan rujuk pada videp tutorial yang kami masukkan di atas dan di baah ini.

Pertama: Panaskan periuk di atas dapur dan masakkan air tadi sehingga mendidih , tambahkan gula pasir serta pewarna itu tadi . Dan larutkan sehingga sebati . Selepas itu tutup api .
.
Kedua:  Masukkan sagu mentah dan rendam bersama air gula bewarna dia atas selama 15-30 minit. Selepas itu barulah ditoskan apabila dah sampai tempoh.Jangan terlalu lama rendam sagu anda untuk elak menjadi lembik. Kami gunakan sagu yang telah bewarna dalam video tutorial

Nak dapatkan kuih sagu mata ikan nampak cantik berketul ? Guna ja teknik ni sebelum kukus kuih sagu anda dan lumurkan dengan kelapa parut .Sedapnya
Ketiga: Griskan minyak pada loyang / bekas yang anda nak kukus guna nanti , masukkan sagu yang dah ditos . Jangan tekan untuk padatkan isi ke dalam loyang. Cukup sekadar ratakan sagu ke semua ruang loyang. Selepas itu didihkan air dalam pengukus, baru masukkan loyang dan kukus selama 45-60 minit dengan api kecil.
.
Cara ini akan jadikan kuih sagu mata ikan anda nampak berketul bulat-bulat dan cantik tau apabila masak. Senang dipotong dan dikeluarkan dan barulah dilumurkan dengan kelapa parut yang dah dicampur garam. Sedap dimakan.Nyummmm

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

VIDEO TUTORIAL : RESEPI SAGU MATA IKAN