Resepi Kuih Sekaya Labu Best Tapi Sangat Mudah

10402
Hari ini kami nak kongsikan resepi kuih sekaya labu untuk anda hasilkan bagi sarapan pagi atau minum petang. Resepi kuih ini sangat mudah dan anda ikut je

Hari ini kami nak kongsikan resepi kuih sekaya labu untuk anda hasilkan bagi sarapan pagi atau minum petang. Resepi kuih ini sangat mudah dan anda ikut je cara dan tips kami berikan. Insyaallah menjadi.

Kalau nak ikutkan, kuih sekaya ni ada macam-macam jenis. Sekaya ubi keledek lah, pulut sekaya lah, boleh semua anda olah untuk tekak sendiri.

BACA DI LINK BARU : Resepi Tomyam Pekat Best Dan Cara Buat Pes Tomyam Homemade

Terima kasih kepada Puan Bibi Ongcinda yang sudi berkongsi resepi kuih sekaya labu untuk kita semua mencubanya. Kalau buah labu tu anda malas potong secara memanjang, boleh je parut kasar atau potong dadu .Ikut keselesaan anda.

Bahan Resepi Kuih Sekaya Labu :

  • 8 biji telur ayam 
  • 200 gram gula kabung
  • 250 gram santan sederhana pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji buah labu saiz sederhana
  • 10 helai daun pandan

Kenapa daun pandai sampai 10 helai tu ?

Jangan terkejut dulu, anda tak perlu kisarkan daun pandan. Tapi sekadar masukkan sewaktu peringkat awal untuk hilangkan hanyir telur dan boleh dikeluarkan sebelum dikukus.

Hari ini kami nak kongsikan resepi kuih sekaya labu untuk anda hasilkan bagi sarapan pagi atau minum petang. Resepi kuih ini sangat mudah dan anda ikut je

Cara Buat Resepi Kuih Sekaya Labu :

#1: Dalam satu bekas, masukkan telur ayam, garam, gula dan daun pandan. Tak perlu potong daun pandan. Ramaskan dengan tangan yang bersih atau lenyek-lenyek daun pandan dengan senduk kayu supaya jus pandan keluar dan hilangkan hanyir telur.

Sambil tu boleh panaskan air dalam pengukus bersama dengan acuan loyang.

Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit ya. Santan sederhana pekat dan kacau supaya gula melarut.

#2: Tapiskan di dalam acuan loyang yang telah panas tadi dan air dah mendidih. Buka api sederhana sahaja ya. Kukus selama 30-40 minit dan dah siap dah resepi kuih sekaya labu.

Hari ini kami nak kongsikan resepi kuih sekaya labu untuk anda hasilkan bagi sarapan pagi atau minum petang. Resepi kuih ini sangat mudah dan anda ikut je

Biarkan sekaya labu sejuk dahulu sebelum dipotong.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom