Resepi Kuih Serabai Best Cicah Dengan Kuah Durian.Aduh!

43705
Memang best betul resepi kuih serabai ni. Cicah pula dengan kuah durian, memang sedap elok. Bukan susah pun nak buat dia. Tips semua kami berikan dah. Best

Hari ini kami mahu kongsikan resepi kuih serabai yang sedap dan lembut beserta dengan tips. Kuih yang lembut lepas tu cicah pula dengan kuah durian. Sesuai sangat la sebab sekarnag pun ada lagi musih durian kan.

Untuk jadikan kuih serabai cantik gebu elok, gunakan tepung beras cap teratai atau jati untuk hasil yang paling cantik. Kalau tepung lain pun tiada masalah tapi nanti kurang la sikti hasil kegebuan dia.

Untuk pastikan resepi kuih serabai ni naik elok, yis yang digunakan kena uji sama hidup ataupun telah mati.Guna air suam sahaja sekitar suhu 50-60’C. Jangan guna air panas. Nanti yis mati.

Kalau letak yis dalam air suam dan selepas tu dia mula membuih, itu tanda yis elok dan boleh digunakan.Terima kasih kepada Puan Amoy Kenet di atas sumbangan resepi kuih ini.

BACA DI LINK BARU : Kuih Dangai Kuih Tradisi Yang Best.Resepi 4 Bahan Sahaja

Bahan Resepi Kuih Serabai Gebu :

  • 1/2 pek yis kecil
  • 4-6 sudu makan gula
  • 2 sudu makan air suam

* rendam yis bg kembang dengan airn suam dulu tengok berbuih atau tak

  • 500 gram tepung beras
  • 300 gram tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • Santan pekat +air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Sukatan resepi ni boleh dpt dlm 40-50 bji.Kalau nak buat sikit je kuih serabai untuk makan petang, boleh bahagi dua aduanna tapi telur tetap guna sebiji.

Memang best betul resepi kuih serabai ni. Cicah pula dengan kuah durian, memang sedap elok. Bukan susah pun nak buat dia. Tips semua kami berikan dah. Best

Bahan Kuah Durian
1 keping gula melaka
2 mgkuk santan sederhana pekat
3 ulas durian
sedikit gula
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam
1 sudu tpg gandum*
sedikit air *

* gandum dan air bancuh terlebih dahulu

Cara Penyediaan Resepi Kuih Serabai Lazat :

Pertama ,  dalam satu bekas , masukkan yis segera, gula dan air suam . Biarkan selama 5 minit bagi yis menjadi aktif.

Kedua ,Masukkan ke dalam bekas dan masukkan garam , tepung beras , santan dan bancuhan yis tadi. Kacau sehingga sebati. Tak terlalu pekat. Macam adunan tepung goreng pisang tu.

Selepas itu, tutup acuan dengan penutup dan biarkan perap selama 1-2 jam .

Ketiga , panaskan pan kecil atau acuan kuih bakar menggunakan api sederhana, bila ianya sudah panas , gilis sedikit minyak  serta masukkan satu sudu besar adunana ke dalam acuan / pan kecil. Bila permukaan kuih serabai sudah kering , cungkil guna benda tajam seperti pencungkil gigi untuk keluarkan kuih serabai yang telah masak.

Memang best betul resepi kuih serabai ni. Cicah pula dengan kuah durian, memang sedap elok. Bukan susah pun nak buat dia. Tips semua kami berikan dah. Best

Cara Penyediaan Resepi Kuah Durian Wangi 

Pertama ,  menggunakan api sederhana, panaskan periuk dan masukkan gula melaka bersama air . Masak sehingga gula melaka cair dan selepas itu ,  padamkan api , biarkan sejuk seketika dan tapis untuk membuang bendasing.

Kedua ,  panaskan semula campuran dengan api sederhana kecil dan masukkan santan , isi durian , daun pandan , dan sedikit gula serta garam . Kacau sebati .

Ketiga , bila kuah durian mulai sebati , tambah sedikit campuran air gandum untuk memekatkan kuah . Tambah sedikit demi sedikit ya.

Siap akhirnya resepi kuih serabai ni. Sedap. Lemak manis semua ada. Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom