Resepi Kuih Serabai Lazat Dengan Kuah Durian Wangi

29513
Resepi Kuih Serabai Lazat Dengan Kuah Durian Wangi . Memang sedap dimakan , kuih yang lembut ditambah pula dengan kuah durian , memang best. Klik sini ea .
Resepi Kuih Serabai Lazat Dengan Kuah Durian Wangi . Memang sedap dimakan , kuih yang lembut ditambah pula dengan kuah durian , memang best. Klik sini ea .

Salam buat pengunjung kami , warga dari dapur , apa kata tinjau resepi terbaharu , Resepi Kuih Serabai Lazat Dengan Kuah Durian Wangi

Kuih serabai yang lembut dan ringan , dicicah pula dengan kuah durian yang wangi baunya memang membuka selera . Sangat sedap dan kami yakin anda perlu cuba resepi ini .

Bahan – Bahan Resepi Kuih Serabai Lazat Dengan Kuah Durian Wangi

Bahan Kuih Serabai 
2 cawan tpg beras
1 sudu kecik yis segera
1 cawan air
2 sudu besar gula
3/4 cawan nasi sejuk
1/2 cawan santan
1/2 cawan air suam
sedikit garam

Bahan Kuah Durian
1 keping gula melaka
2 mgkuk santan sederhana pekat
3 ulas durian
sedikit gula
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam
1 sudu tpg gandum*
sedikit air *

* gandum dan air bancuh terlebih dahulu

Cara Penyediaan Resepi Kuih Serabai Lazat 

Pertama ,  dalam satu bekas , masukkan yis segera, gula dan air suam . Biarkan selama 5 minit bagi yis menjadi aktif.

Kedua ,  menggunakan blender, kisar nasi sejuk dengan secawan air . Masukkan ke dalam bekas dan masukkan garam , tepung beras , santan dan bancuhan yis tadi. Kacau sehingga sebati. Selepas itu, tutup acuan dengan penutup dan biarkan selama 2 jam .

Ketiga , panaskan pan kecil atau acuan kuih bakar menggunakan api sederhana, bila ianya sudah panas , gilis sedikit minyak  serta masukkan satu sudu besar adunana ke dalam acuan / pan kecil. Bila permukaan kuih serabai sudah kering , cungkil guna benda tajam seperti pencungkil gigi untuk keluarkan kuih serabai yang telah masak.

Cara Penyediaan Resepi Kuah Durian Wangi 

Pertama ,  menggunakan api sederhana, panaskan periuk dan masukkan gula melaka bersama air . Masak sehingga gula melaka cair dan selepas itu ,  padamkan api , biarkan sejuk seketika dan tapis untuk membuang bendasing.

Kedua ,  panaskan semula campuran dengan api sederhana kecil dan masukkan santan , isi durian , daun pandan , dan sedikit gula serta garam . Kacau sebati .

Ketiga , bila kuah durian mulai sebati , tambah sedikit campuran air gandum untuk memekatkan kuah . Tambah sedikit demi sedikit ya.

Siap akhirnya . Bestnya dimakan panas – panas kan.

 

Terima kasih kepada Puan Tahrunnisah Jali atas keizinan kepada pihak kami berkongsi gambar dan Resepi Kuih Serabai Lazat Dengan Kuah Durian Wangi . Semoga bermanfaat untuk kami sendiri dan anda juga .

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Resepi Cucur Udang Rangup
Resepi Kuih Cakoi Lembut

Resepi Kuih Apam Puteri
Resepi Mudah Kuih Cara Manis
Resepi Kuih Bingka Susu

Resepi Kuih Lompang Pandan

Resepi Curry Puff Lazat
Resepi Kuih Bom Kacang
Resepi Kuih Talam Suji
Resepi Kuih Talam Lapis Pulut Hitam
Resepi Kuih Talam Keladi

serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jom follow kami di You Tube untuk koleksi resepi menarik yang mudah.