Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan Yang Sedap Sangat

65607
Siapa peminat resepi kuih seri muka pandan yang sedap dengan lapisan pulut dan lemak santan? Rugi kalau anda tak cuba sebab tips penuh kami sediakan tau.

Lama juga saya mencari resepi kuih seri muka mudah untuk dibuat sebagai hidangan minum petang atau sarapan pagi, akhirnya terjumpa juga. Best nya. Lepas ni tak susah dah nak mencuba di rumah.

Rasanya yang lemak dengan dilapisi lapisan pulut memang enak rasanya kan. Tambah-tambah dengan perasa pandan segar.Sangat wangi hasilnya.

Untuk menyenangkan anda, saya kongsikan resepi kuih muka sukatan cawan. Yelah kadang-kadang leceh semua nak timbang dan sukat kan . Senang pakai cawan. Yang penting cawan sama je guna.

Jom tengok bahan-bahan resepi kuih seri muka tradisional ni yang menggunkan acuan biru. Bertambah cantik la.Biasa segi empat je kan selalu duk ada kuih ni. Boleh cuba juga Cara Mudah Untuk Hasilkan Tepung Goreng Pisang Yang Rangup di sini.

Lapisan Pulut Resepi Kuih Seri Muka

  • 1 cawan beras pulut susu (rendam 4 jam)
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu teh garam

Lapisan hijau kuih seri muka pandan

  • 7 helai daun pandan (gunting pendek)
  • 3 cawan santan
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastad/hoen kwe.Untuk kali ni guna tepung hoen kwe
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil pewarna hijau

Siapa peminat resepi kuih seri muka pandan yang sedap dengan lapisan pulut dan lemak santan? Rugi kalau anda tak cuba sebab tips penuh kami sediakan tau.

Cara-cara buat resepi kuih seri muka yang sedap ini seperti di bawah ni tau. Ikut bersama dengan tips.Insyaallah menjadi elok.

#1: Bersihkan beras pulut, kemudian rendam 4 jam supaya lembut dan tekstur lapisan pulut nanti lebih padat. Selepas 4 jam, tuskan airnya.

#2: Sapu minyak pada seluruh bahagian dalam acuan biru saiz 6 inci . Letak beras pulut. Ratakan. Campurkan santan dan garamdalm bekas lain. Gaul rata. Rasa. Jika suka lebih masin, boleh tambah garam mengikut cita rasa. Tuang ke dalam acuan biru.

#3: Kukus sehingga masak. (Sekitar 20 minit. Jika belum masak lepas 20 minit, kukus lagi. Sementara menunggu pulut masak, sediakan adunan​ lapisan hijau. Blend daun pandan, santan, gula, dan telur. Tapis ke dalam kuali. Jangan hidupkan api dulu, ya. Masukkan garam, tepung gandum, tepung kastad/hoen kwe, tepung jagung, dan pewarna hijau. (Jika blender besar, boleh blend semua bahan lapisan hijau sekali gus.)

#4:  Hidupkan api sederhana. Kacau semua bahan sehingga pekat (bersalut belakang senduk). (Sekitar 3-5 minit)

#5: Keluarkan acuan serimuka daripada pengukus. Padatkan pulut dan ratakan bahagian tepinya. Tuang adunan hijau tadi. Sapu minyak pada satu bahagian plastik. Tutup permukaan acuan (yang ada minyak tadi menghadap adunan). Kukus sehingga masak (saya kukus 45 minit dah masak elok.

#6: Biar seri muka sejuk dalam acuan baru keluarkan. Potong dengan pisau plastik atau spatula untuk dapatkan hasil yang cantik. Potong ikut garisan acuan . Senang kan buat guna resepi kuih seri muka mudah ni. Tapi hasilnya memang berbaloi

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Sumber :
Puan Noy Yullan
Penulis Buku Resepi ” 40 Resepi Kek Lapis Sarawak ”
Sangat detail penerangan dalam buku. Sesuai untuk jana pendapatan. Boleh pm beliau untuk detail. RM15 ( exc postage ) sahaja tapi lengkap siap tips Bestkan.

40 resepi kek lapis sarawak

Video Pilihan : Resepi Kek Kukus Ombre Gebu