Resepi Kuih Tako Cara Paling Senang Tapi Best. Rugi Tak Cuba

27567
Sedapnya resepi kuih tako menggunakan sengkuang cina ni kan. Makan pula sejuk-sejuk. aduhai menyelerakan. Boleh la anda cuba buat dalam bekas plastik pun

Kami nak kongsikan resepi kuih tako yang mudah dan sedap untuk anda semua. Tapi sebelum itu kami jelaskan sedikit perbezaan kuih tako dan kuih tepung pelita untuk anda semua. Memang keduanya lebih kurang sama dengan lapisan santan lemak manis dan lapisan hijau tapi kuih tako menggunakan sengkuang cina. Ini perbezaan besar.

Bahan untuk buat kuih tako biasanya menggunakan tepung jagung atau tepung Hoen Kwe manakala bahan kuih tepung pelita biasanya daripada tepung beras.

Selain itu, kalau dulu kuih tako ini dibuat dalam daun pandan yang dibentuk empat segi manakala kuih tepung pelita biasanya menggunakan daun pisang.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Limas Kuih Tradisi Negeri Perak.Best Tau

Saiz kuih tako juga lebih kecil daripada kuih tepung pelita. Seiring dengan perubahan zaman, ramai yang membuat resepi kuih tako dalam bekas plastik untuk dihidangkan dalam majlis tertentu atau dijual.

Dah jelaskan perbezaan kuih tako dan kuih tepung pelita berdasarkan apa yang kami tulis di atas. Semoga lepas ini kalau ada yang cakap sama, boleh la anda jelaskan hujah-hujah.Gituu.

Terima kasih kepada Puan Maria Bentalib di atas sumbangan resepi kuih tako ini.Nanti boleh la kami semua mencubanya kan. Nampak sedap sangat. Dah la senang buat dalam bekas plastik je Senang sekali ngap terus habis kuih tako sengkuang cina ni. Hee.

Sedapnya resepi kuih tako menggunakan sengkuang cina ni kan. Makan pula sejuk-sejuk. aduhai menyelerakan. Boleh la anda cuba buat dalam bekas plastik pun

Mana nak dapatkan sengkuang cina ? Paling senang anda cari di pasar basah yang menjadi tumpuan pelbagai bangsa. Mudah untuk dicari.

Bahan Resepi Kuih Tako Lapisan Bawah : 

  • 100 gram tepung jagung
  • 850 ml air pandan (beberapa helai daun pandan diblender)
  • 400 gram gula pasir
  • 5 biji sengkuang cina dikupas dipotong dadu
  • Sedikit pewarna hijau jika mahu

#1: Pertama sekali anda kupas dan bersihkan sengkuang cina. Lepas itu bolehla dipotong dadu dan ditos bersih. Dalam periuk satukan semua bahan dan barulah dimasak dengan api sederhana  kecil.

Sedapnya resepi kuih tako menggunakan sengkuang cina ni kan. Makan pula sejuk-sejuk. aduhai menyelerakan. Boleh la anda cuba buat dalam bekas plastik pun

Sentiasa kacau. Anda akan perhatikan adunan lapisan bawah kuih tako daripada kelam akan mula bertukar jernih bila tepung jagung bertukar kepada kanji. Ini akan sebabkan adunan menjadi pekat.

Bila dah pekat, tutup api dan bolehlan ceduk masuk ke dalam bekas plastik dadih yang siap disusun. Tuang hingga setengah acuan sahaja. Biarkan dan kita akan teruskan pula dengan buat lapisan atas.

Bahan Resepi Kuih Tako Lapisan Atas :

  • 100 gram tepung jagung
  • 1500 ml santan pekat
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • Secubit garam

Cara Buat Resepi Kuih Tako Lapisan Atas :

#1: Menggunakan kaedah masak yang sama seperti lapisan bawah, masukkan bahan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana kecil.Sentiasa kacau ya.

Adunan akan bertukat menjadi pekat bila tepung tadi bertukar pada kanji. Terus tutup api bila seperti ini dan tuang adunan ini ke atas lapisan bawah hijau tadi yang sudah sejuk dan membeku.

Nak sedap lagi makan kuih tako, bila dah sejuk, anda masukkan dalam peti. Memang sangat sedap bila nak makan.

Sedapnya resepi kuih tako menggunakan sengkuang cina ni kan. Makan pula sejuk-sejuk. aduhai menyelerakan. Boleh la anda cuba buat dalam bekas plastik pun

Tapi kalau anda nak rasa kuih tako yang tradisional, boleh buatkan bekas acuan daripada daun pandan.Sedikit renyah tapi pastinya berbaloi kan.

Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom