
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur . com . Pernah makan kuih talam suji yang sedap ? Nak makan lagi ? Jom tengok resepi kuih talam suji yang mudah ni kan. Semalam kami dah sediakan kuih talam keladi kan.
Untuk membuat kuih talam suji ini, akak bahagikan kepada dua bahan iaitu Bahan Lapisan Bawah dan Bahan Lapisan Atas . Untuk lapisan bawah , akak ikut seperti di bawah ini satu persatu ye.
Di dalam satu bekas , bancuh dan kacau sebati 140 gram tepung suji , 20 gram tepung gandum, 2 biji telur Gred B , 1 sudu teh kecil kecil pewarna kuning, 120 gram gula biasa , 750 ml santan cair dan 1 sudu teh kecil garam . Apabila semuanya sebati , akak tapis dan tuang ke dalam periuk untuk dibiarkan mendidih seketika. Selepas mendidih, ambil loyang empat segi , biasanya berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci , tuang campuran semua bahan dan kukus selama 25 minit menggunakan api sederhana.

Tips – Tutup penutup pengukus menggunakan tuala bersih untuk elakkan wap air menitik jatuh ke atas lapisan yang dikukus.
Apabila siap , biarkan lapisan bawak sejuk seketika. Untuk lapisan atas pula, bahan-bahan adalah seperti berikut dan menggunakan kaedah yang sama juga . Senang kan. Jom lihat.
Bancuh 2 biji telur Gred B, 700 ml santan pekat , 1 sudu kecil esen vanilla, 1 sudu kecik garam halus, 150 gram gula pasir biasa , 200 gram gula melaka dan 1 sudu kecil coklat emulco untuk kelihatan seperti palisan coklat yang lazat rasanya. Bancuh kesemuanya sehingga menjadi sebati.
Apabila sebati , tuang ke dalam periuk dan masak sehingga sedikit mendidih . Apabila mendidih , tuang ke atas lapisan bawah yang telah sejuk tadi secara perlahan-lahan dan kukus lagi selama 30 minit.
Apabila masak, biarkan talam suji akak sejuk seketika sebelum dipotong. Sangat mudah kan ?
Selain dari talam suji , kami juga ada resepi lengkap untuk :
Jangan lupa berkongsi gambar hasil resepi yang akak buat di inbox Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding