Resepi Kuih Telaga Emas,Adik Si Nona Manis.Best Rasa Kuihnya

12758
Kami berikan resepi kuih telaga emas yang menarik ni. Sedikit rasa kenyal lembut dan dengan inti kastard serta santan memang menarik untuk anda cuba. Sedapnya

Hari ini kami mahu berikan resepi kuih telaga emas sedap ni.Dengan rasa kenyal kulit luar bewarna hijau serta inti kastard yang dikukus dan dimasak bersama santan pekat,memang sedap rasanya. Kuih ini juga boleh dimasukkan jagung sebagai intinya.

Kalau anda ingat resepi kuih telaga emas ini seperti kuih nona manis,anda silap. Pertama kerana kuih ini guna tepung pulut sebagai bahan utama kulit manakala nona manis guna tepung gandum.

Untuk inti, kuih telaga emas guna kastard sebagai bahan utama dan nona manis guna santan pekat. Dah dapat gambaran kan ?

Dengan tips dan resepi lengkap,anda boleh cuba buat kuih telaga emas inti kastard ini di rumah untuk ahli keluarga dan boleh ambil tempahan kecil-kecilan untuk jana pendapatan. Menarik kan ?

BACA DILINK BARU : Resepi Makaroni Bakar Cheese Leleh Best Sangat Untuk Dicuba

Tips berguna untuk anda hasilkan telaga emas yang menarik :

1- Untuk elakkan kuih melekat pada bekas acuan, sapukan sedikit minyak.Baru ianya mudah dikeluarkan.Tapi kalau beribu biji setiap hari anda buat, mesti penat kan. Boleh guna spray minyak.

2- Tutup penutup pengukus dengan kain tuala bagi elakkan wap air jatuh ke dalam kuih nona manis.

3- Timbang setiap doh hijau untuk dapatkan ketebalan yang sama rata.Setiap berat doh adalah 24 gram.

4- Jangan sesekali keluarkan kuih telaga emas dari acuan sewaktu kuih masih panas. Tunggu kuih suam baru keluarkan.Kalau tak habis rosak luaran.Tak cantik.

Kami berikan resepi kuih telaga emas yang menarik ni. Sedikit rasa kenyal lembut dan dengan inti kastard serta santan memang menarik untuk anda cuba. Sedapnya

Jom tengok resepi kuih telaga emas yang diberikan dalam sukatan tepat bagi bantu anda dapatkan hasil yang sedap dan menarik walaupun kali pertama buat.Terima kasih kepada Puan Zura Zul atas resepinya.

Bahan Resepi Kuih Telaga Emas Inti Kastard :

Bahan Kulit Hijau :

  • 250 gram tepung pulut
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 1/4 cawan air
  • Sedikit perisa pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Secubit garam

Cara Buat Kulit Hijau :

#1: Dalam bekas, masukkan semua tepung,garam,perisa pandan dan pewarna hijau pandan jika mahu.Kacau rata dan mula tuang air sedikit demi sedikit

Uli hingga adunan menjadi doh dan tak melekat di tangan. Gentel bulat dan timbang doh 24 gram setiap satu.

#2: Sapukan minyak pada acuan kuih lompang besar,masukkan doh dan tekan menutupi acuan.Ketepikan.

Kami berikan resepi kuih telaga emas yang menarik ni. Sedikit rasa kenyal lembut dan dengan inti kastard serta santan memang menarik untuk anda cuba. Sedapnya

Bahan Resepi Kuih Telaga Emas Intinya – Inti Kastard

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur ayam
  • 1 penutup botol esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • secubit garam

Cara Buat Kuih Telaga Emas :

#1: Masukkan santan dan tepung kastard.Kacau hingga sebati dulu baru masukkan air suam. Tambahkan telur ,garam,sedikit pewarna kuning telur.Kacau sebati semuanya.

Tapis adunan ke dalam jug untuk dapatkan inti kastard yang cantik dan licin. Sambil itu,panaskan pengukus sehingga air mendidih.

#2: Tuang inti kastard dalam acuan lompang yang dah ada kulit hijau tadi. Tuang hingga hampir penuh.

Baru kukuskan dengan api sederhna besar selama 10-13 minit.Sejukkan sedikit acuan baru boleh la dikeluarkan dengan mudah kuih telaga emas anda.

Dah siap.Selamat mencuba resepi kuih yan sedap ini.Berbaloi untuk anda buat tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom