Resepi Kuih Tepung Bunga Terengganu.Best Lembut Mudah Disediakan

41093
Wahhh, kali ini kami siarkan pula resepi kuih tepung bunga yang datang daripada Terengganu. Sedap makan panas-panas. Dengan rasa lembut dan kenyal, sedap

Wahhh, kali ini kami siarkan pula resepi kuih tepung bunga yang datang daripada Terengganu. Kalau nak tahu, kuih ini ada nama lain tau di tempat kami di Kelantan, namanya ” kuih kepek hidung “.Haaa. Walaupun lucu tapi itulah nama kuih yang kami kenal ini.

Lembut rasa kuihnya dan dibuat daripada tepung pulut. Jadi anda boleh bayangkan selain lembut, ianya sedikit kenyal. Disalut pua dengan sedikit gula sewaktu masih panas, ianya akan mencairkan gula dan gula melekat pada permukaan kuih.
Sedap dinikmati sebagai sarapan pagi atau menu minum petang bersama dengan secawan kopi atau teh.
Terima kasih kepada Puan Nor Al Fatihah yang sudi berkongsi kepada kami semua resepi kuih tepung bunga ini. Beliau selalu berkongsi resepi-resepi menarik. Anda boleh pergi ke Fb dan tengok sendiri banyak resepi best.
Resepi kuih tepung bunga ini amatlah senang untuk anda buat. Tak perluy banyak bahan pun.
Wahhh, kali ini kami siarkan pula resepi kuih tepung bunga yang datang daripada Terengganu. Sedap makan panas-panas. Dengan rasa lembut dan kenyal, sedap

Bahan Resepi Kuih Tepung Bunga Mudah :

  • 2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan air
  • 1 biji telur
  • Gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Pastikan anda guna sukatan cawan yang dibeli di kedai bakeri/peralatan kek untuk dapatkan sukatan yang standard.

Cara Buat Resepi Kuih Tepung Bunga :

#1: Pecahkan telur dalam satu bekas dan gaul rata. Ketepikan dahulu.

Dalam bekas lain, masukkan tepung pulut bersama dengan air dan uli hingga menjadi doh. Pastikan doh tidak melekat di tangan.

Ambil doh dalam anggaran 1 sudu teh dan gentel menjadi bulat. Selepas itu barulah ditekan dengan ibu jari bagi hasilkan lengkuk.

Wahhh, kali ini kami siarkan pula resepi kuih tepung bunga yang datang daripada Terengganu. Sedap makan panas-panas. Dengan rasa lembut dan kenyal, sedap

#2: Sambil menggentel itu, panaskan minyak. Kuih tepung bunga yang siap digentel dicelup ke dalam adunan telur sebelum digoreng dalam minyak yang panas. Pastikan kuih pecah menjadi merekah seakan bunga.

Angkat bila dah masak dan taburkan gula dalam kuantiti sesuai.

Semasa menggoreng, pastikan anda berhati-hati kerana kuih ini akan buat minyak meletup sedikit. Sedap. Selamat mencuba.

Wahhh, kali ini kami siarkan pula resepi kuih tepung bunga yang datang daripada Terengganu. Sedap makan panas-panas. Dengan rasa lembut dan kenyal, sedap

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom