Resepi Kuih Tepung Pasung Yang Best. Kuih Tradisi Pantai Timur

9765
Nnati anda boleh la cuba resepi kuih tepung pasung ni. Sedap tengok eh.lemak-lemak manis. sedap lapisan atas dia pun ni.resepi lengkap kami sediakan untuk anda.

Kami akan kongsikan resepi kuih tepung pasung yang menjadi kegemaran pada zaman kecil dahulu dan popular di Terengganu serta Pahang. Rupa kuih ini mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung dan lapisan santan.

Perkara pertama anda kena buat ialah kelongsong kuih . Untuk pengetahuan anda, ada yang panggil kuih ini kuih serunai juga.

BACA DI LINK BARU : Resepi Cekmek Molek Dengan Tips Elak Pecah. Sedap Sungguh.

Terima kasih kepada Puan Tahrunnisah Jali kerana sudi berkongsi resepi kepada kami semua. Semoga murah rezeki puan sekeluarga.

Bahan kelongsong kuih tepung pasung :

  • Daun pisang 14 cm x 14 cm yang siap dilayurkan terlebih dahulu

Tengok video cara buat kelongsong di bawah ini.

Bahan Resepi Kuih Tepung Pasung :

  • 2 sudu makan gula*
  • 1 1/2 keping gula melaka *
  • 1 2/3 cawan air (350ml-400ml)*
  • 1 helai daun pandan disimpul*
  • 40 gram tpg beras
  • 20 gram tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur

Cara Buat Lapisan Atas :

#1: Bahan bertanda * dimasak hingga mendidih dan ditapis. Biarkan sejuk.

Barulah masuk ke dalam bekas yang mengandungi tepung beras, tepung ubi dan air kapur. Kacau sebati.

Masukkan pula dalam periuk dan masak hingga kental serta mulai memekat dengan api sederhana. Tutup api. Boleh sambung buat lapisan atas kuih tepung pasung ni pula.

Bahan Resepi Bahagian Atas Kuih Serunai :

  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 1/2 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

Cara Buat Lapisan Atas Resepi Kuih Tepung Pasung :

#1: Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau hingga adunan sedikit pekat dan kental dengan api sederhana.

Dah siap,bolehlah masukkan dalam kelongsong daun pisang dan cucuk pada lubang kukusan yang telah dipanasakan.

Lapisan bawah masukkan 3/4 dari kelongsong.Kukus 7 minit dan barulah tambah lapisan atas iaitu adunan santan tadi. Sambung kukus dalam 12-15 minit. Dah siap.

Nnati anda boleh la cuba resepi kuih tepung pasung ni. Sedap tengok eh.lemak-lemak manis. sedap lapisan atas dia pun ni.resepi lengkap kami sediakan untuk anda.

Selamat mencuba resepi kuih tepung pasung yang mudah ni. Best makan dia.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom