Resepi Kuih Tok Aji Serban Kuih Tradisi Terengganu

90533
Kesedapan resepi kuih tok aji serban ini bergantung kepada cara buatnya

Resepi kuih tok aji serban ini banyak dan mudah diperoleh di negeri Terengganu terutama di Pasar Payang.Kalau waktu pagi banyak je ada dijual di warung-warung tepi jalan.Ditempat lain luar daripada Terengganu,ianya dikenali dengan nama pulut sekaya.Jadi sama sahaja bila orang sebut dua nama ini ya.

Kesedapan resepi kuih tok aji serban ini bergantung kepada cara buatnya.Lapisan atas mestilah hanya menggunakan bahan utama seperti telur dan santan.Tapi ada sesetengah penjual atau kedai yang masukkan tepung gandum dengan kurangkan kuantiti telur.

Memang terjejas rasa aslinya.Nak tahu kuih tok aji serban sedap ke tak,tengok lapisan atas.Jika banyak berkedut dan nampak bersinar,memang cukup la penggunaan telurnya.Jika lapisan licin pula,pasti ada penggunaan tepung gandum dan rasa lapisan atas padat.

Kuih tok aji serban ni boleh dikatakan jiran kepada  kuih seri muka cuma lapisan atas je berbeza manakala lapisan bawah sama menggunakan pulut.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan Yang Sedap Sangat

Tips untuk dapatkan kuih tok aji serban yang sedap adalah kukus pulut sebanyak dua kali.Kukusan kali pertama sebelum dimasukkan santan lepas tu barulah dikukus buat kali kedua.

Jangan lupa cakar dengan garpu selepas padatkan pulut untuk pastikan lapisan telur di atas melekat elok dengan lapisan pulut.

Bahan-Bahan Resepi Kuih Tok Aji Serban :

Bahan-bahan lapisan bawah :

  • 2 cawan beras pulut (direndam 1-2 jam )
  • 2 1/4 cawan santan cair
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan lapisan pulut tok aji serban :

#1: Didihkan kukusan.Cuci bersih beras pulut dan masukkan dalam loyang 9 inci yang telah dialaskan dengan plastik dibawahnya.

#2: Masuk santan 1 1/4 cawan santan cair dan kukus 20 minit.Keluarkan sekejap kacau tambah baki santan selepas 20 minit,padatkan dan cakar dengan garfu dan sambung kukus 10-15 minit lagi.

Kesedapan resepi kuih tok aji serban ini bergantung kepada cara buatnya

Bahan-bahan lapisan atas :

  • 6 biji telor ayam saiz A
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • 3 sdm gula perang *
  • 1/2 cawan air *
  • 1 helai daun pandan simpul *
  • 1/2 cawan gula *

Cara-cara penyediaan lapisan atas kuih tok aji serban :

#1:  Bahan yang bertanda * dimasak terlebih dahulu dan kemudian tapis serta biarkan pada suhu bilik

#2: Telur ayam,santan,garam dan bahan yang dimasak tadi di blend/dikisar hingga sebati

#3: Panaskan kembali loyang yang berisi pulut tadi sekitar 10 minit dan barulah tuang adunan atas pada loyang yang berisi pulut tadi.Kesedapan resepi kuih tok aji serban ini bergantung kepada cara buatnya

 

#4:  Kukus selama 30-45 minit dan balut penutup dgn kain untuk elakkan air menitik.Kalau belum masak,berair bahagian atas,kukus lagi 5-15 minit tapi buka pengukus ya.Anda boleh juga lap dengan tisu lebihan air yang bertakung di atas permukaan telur santan.

Memang berselera makan kuih tok aji serban ni.Pekena lak dengan air tea o kurang manis.Rasa pulut berlemak ditambah dengan rasa manis lemak santan telur memang terbaik. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom