Resepi Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah best Sangat

5327
Sedapnya resepi kuih ulat bulu ni. Rasa kenyal-kenyal lemak dengan inti kacang merah kan. nk letak inti apa-apa pun boleh asalkan sedap. Jangan inti sardin.heee

Hari ni kami beri resepi kuih ulat bulu yang berintikan kacang merah. Haish,sedap betullah rasa kuih yang kenyal-kenyal dengan intinya lepas tu gaul pula dengan kelapa parut.Sesui sangat la nak buat untk sarapan pagi ni kan.

Sekarang tak susah pun nak fikir inti untuk resepi kuih ulat bulu ni. Kita beli aja di kedai bakery.Nak pilih inti kacang merah ke,inti kacang hijau ke semua boleh. Tunggu bayar je. Kalau nak rasa inti kelapa,yang tu kita buat sendiri lah.

Kuih ulat bulu ni bahan utama dia tepung pulut.Bila apa-apa kuih guna tepung pulut,automatik rasa kuih tu kenyal-kenyal. Macam kuih peria.

Nak suh resepi kuih ulat bulu tahan lama,lambat basi,ada tips dia. Kukus kelapa parut tadi dengan secubit garam sekitar 5-10 minit supaya masak sikit. Guna lapisan putih kelapa sahaj untuk buat kelapa parut ni.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Durian Sedap Dan Best Untuk Penggemar Durian

Yang istimewanya,resepi kuih ulat bulu ni gunakan sukatan cawan.Cawan penyukat standard 250ml. Banyak ada dijual di kedai bakeri. Baru menjadi resepinya sbb sukatan sama kan.

Terima kasih kepada Gerobok Ummu di atas sumbangan resepi ulat bulu ni. Semoga puan dimurahkan rezeki.

Sedapnya resepi kuih ulat bulu ni. Rasa kenyal-kenyal lemak dengan inti kacang merah kan. nk letak inti apa-apa pun boleh asalkan sedap. Jangan inti sardin.heee

Bahan Resepi Kuih Ulat Bulu Sukatan Cawan :

  • 3 cawan tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan air kapur ( 1/3 sudu teh kapur makan dicampur air cukupkan 1 sudu makan.
  • Secubit garam
  • Pewarna pilihan
  • Kelapa parut dengn secubit garam
  • Inti kacang merah (saya beli yang dah siap)

Cara Buat Resepi Kuih Ulat Bulu Sedap :

#1: Dalam bekas,campurkan tepung pulut,tepung gandum,secubit garam dan air kapur.Kacau sebati dan tambahkan air sedikit demi sedikit serta 2-3 titik pewarna pilihan hingga menjadi doh yang sederhana lembut.

Ambil sedikit doh lebih kurang satu sudu makn dan leperkan untuk diletakkan inti kacang merah atau inti pilihan. Letak inti lebih kurang 1/2 sudu makan dan tutup doh. Gentel bujur untuk kemasan.

#2: Ulang sampai habis sambil panaskan air hingga mendidih. Doh kuih ulat bulu yang siap tadi masukkan dalam air panas dan masak. Cara nak tahu kuih masak,kuih ulat bulu yang timbul tandanya dah masak dan boleh diangkat.

Sedapnya resepi kuih ulat bulu ni. Rasa kenyal-kenyal lemak dengan inti kacang merah kan. nk letak inti apa-apa pun boleh asalkan sedap. Jangan inti sardin.heee

Angkat dan toskan dengan pengepit sebelum masuk ke dalam kelapa parut dengan secubit garam yang siap dikukus . Tak nak kukus pun takpe kelapa parut tu. Terpulang.

Golek-golek biar tersalut elok dan dah siap resepi kuih ulat bulu.Sedap dimakan dengan tea o panas.

Selamat mencuba resepi kuih ni. Nyummm

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom