Resepi Kuih Vadai Sedap Lembut Tak Serap Minyak

149121
Memang sedap la kuih vadai ni bila makan panas-panas. Terasa lembut kacang dal dengan aroma daun kari dan juga cili kering. Tak sia-sia kalau anda cuba resepi kuih vadai masakan India ni. Berbaloi

Beruntung kita duk Malaysia kan,dengan berbilang bangsa termasuk makanannya,jadi nak buat resepi kuih vadai,tosai,kuih bulan dan sebagainya tak susah.

Minta resepi dari rakan India atau Cina,buat sendiri di rumah.Sedap.
Hari ni kami nak berikan anda resepi kuih vadai yang sedap beserta tips.
Kata rakan India kami,kacang dal yang popular dan banyak kegunaan dalam masakan India ada dua jenis.Satu warna kuning yang berbiji-biji dan juga warna putih yang sedikit halus.

BACA DI LINK BARU : Cara Buat Samosa Ayam Mudah Bergambar

Kacang dal kuning biasanya untuk kari dan kuih muih dalam masakan India.

Kalau kali pertama buat resepi kuih vadai atau dipanggil juga dengan nama kuih vadei,wadey,banyak berlaku kuih menjadi berderai dan tidak menjadi.

Tips untuk hasilkan kuih badai yang sedap adalah selepas kacang dal direndam selama 4-5 jam,basuh dan toskan hingga kering.Ada juga yang menjemur sekitar sehari untuk buang kelembapan kacang dhal.

Keduanya,bila menggoreng vadai,pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan kuih dan sekali masuk dalam anggaran 4-5 biji sahaja.Api kena besar pada permulaan masuk dan barulah dikecilkan sedikit untuk pastikan bahagian luar dan dalam masak sekata.

Tujuan buat seperti ini adalah untuk pastikan bahagian luar kuih vadai dapat membungkus dengan kemas untuk elakkan kuih berderai.

Dan tips lagi untuk elak kuih vadai pecah,masukkan nasi sejuk supaya adunan melekat ketika digoreng.Ini memang membantu sangat untuk anda buat nanti.

Bahan-bahan resepi kuih vadai sedap ni:
Kuantiti dalam 15-20 biji saiz sederhana.

  • 1 cawan kacang dal dibersihkan
  • 1 labu bawang besar saiz besar
  • 2 sudu makan nasi sejuk
  • 1 biji cili merah besar
  • 1 biji cili hijau besar
  • 1 sdt garam
  • 1 1/2 sdt jintan manis sangai
  • 1 sdt serbuk perasa
  • 3 tangkai cili kering.
  • 2 tangkai daun kari

Memang sedap la kuih vadai ni bila makan panas-panas. Terasa lembut kacang dal dengan aroma daun kari dan juga cili kering. Tak sia-sia kalau anda cuba resepi kuih vadai masakan India ni. Berbaloi

Cara-cara penyediaan kuih vadai :
Kami sertakan video tutorial di bahagian bawah artikel untuk kuih vadai ni.Mudah kan.

#1: Bersihkan kacang dal dan rendam selama 4-5 jam.Lepas rendam kacang,tos  airnya dan blend menggunaan mata pengisar kering.Simpan 2 sudu makan kacang yang belum dikisar.Masukkan dalam mangkuk.

#2: Cincang bawang besar,cili,cili kering dan daun kari,campurkan dalam mangkuk tadi dan perasakan dengan garam,serbuk perasa,jintan manis sangai yg dtumbuk.Masukkan juga dua sudu makan nasi sejuk ( Ini tips baru yang kami dapat supaya elakkan kuih vadai pecah )

#3: Kepal-kepal dua sudu makan adunan kuih vadai dan leperkan.

#4: Panaskn minyak pada api besar .Kuantiti minyak bolehkan kuih vadai tenggelam.Bila dah panas baru masukkan 4-5 biji dan kecilkan sedikit api untuk elak hangus.

#5: Goreng hingga kekuningan barulah diterbalikkan dan angkat serta toskan.Nak goreng daun kari pun boleh untuk tambah aroma.

Memang sedap la kuih vadai ni bila makan panas-panas. Terasa lembut kacang dal dengan aroma daun kari dan juga cili kering. Tak sia-sia kalau anda cuba resepi kuih vadai masakan India ni. Berbaloi

Memang sedap la dimakan panas-panas.Terasa lembut dan ada pedas ada aroma kari kuih ni.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

VIDEO TUTORIAL KUIH VADAI