Resepi Kuzi Kambing Sedap Menggiurkan Untuk Anda Cuba Sendiri

10358
Resepi kuzi kambing ni sedap untuk buat makan dengan roti jala, roti canai atau nasi tomato,hujan panas.Kalau nak tukar kambing ke ayam pun boleh je.Best.

Hari ni kami berikan anda resepi kuzi kambing yang sangat sedap. Sama ada nak dimakan dengan roti jala ataupun dicicah dengan roti kosong,semua boleh. Selain itu juga, kalau nak makan dengan nasi hujan panas ke, nasi tomato ke nasi putih biasa, tiada masalah pun.

Apa yang kami beri ini adalah resepi kuzi kambing tapi jika anda tak makan atau nak tukar kepada ayam, boleh saja.Semua terpulang kepada selera anda.

Apa yang perlu ada dalam resepi kuzi kambing ni ?

Kalau guna santan ianya tak dipanggil kuzi sebab dalam resepi kuzi ni, ianya gunakan susu cair.Ya susu cair. Lagi satu adalah penggunaan bawang yang banyak sedikit berbanding masakan kari.

BACA D LINK BARU : Resepi Roti Jala Istimewa Dengan Kari Ayam. Mudah Tapi Sedap Sangat

Kalau nak sedap , gunakan bawang ros India. Sama ada yang saiz kecil dan sederhana.Kerana bawang ini lebih manis dan sedap.Untuk bawang goreng pula, anda boleh guna bawang goreng yang dah siap tapi kalau nak sedap, goreng sendiri bawangnya/

Lagi beraroma dan wangi resepi kuzi kambing anda ni.Sesuai la nanti buat pada  hari kenduri atau perayaan.

Terima kasih kepada Puan Hartini Hamid di atas resepi kuzi kambing yang cukup membuka selera ni .Sedapnya kan , nak cuba lah nanti ada sebarang majlis di rumah ni.

Ini adalah untuk 3 kilogram kambiang.Jika anda hanya gunakaan 1.5kg kambing, bahagi dua sukatan resepi ya.

Resepi kuzi kambing ni sedap untuk buat makan dengan roti jala, roti canai atau nasi tomato,hujan panas.Kalau nak tukar kambing ke ayam pun boleh je.Best.

Bahan Resepi Kuzi Kambing Menarik :

Bahan Rempah : (dikisar sampai halus ataupun boleh ditumbuk)

  • 1 sudu makan ketumbar
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 inci kayu manis
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

Bahan Tumis :

  • 3 biji bawang Besar India
  • 2 inci halia muda
  • 3 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 7 biji buah pelaga
  • 1 senduk cili kering kisar
  • 1 senduk bawang merah India kisar

Bahan Lain :

  • 3 kilogram kambing (campur tulang dan daging)
  • 1/2 tin susu cair.
  • 5 cawan air rebusan daging.
  • 3 sudu makan membukit  tomato puree
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 2-4 biji kentang dipotong 4
  • 1 sudu makan pes asam jawa di bancuh dengan 1/4 cawan air)
  • 3 cawan bawang goreng
  • 3 sudu makan  kerisik.
  • 1/2 buku/kerek gula Melaka.
  • 2 sudu makan gula.
  • 1/2 cawan gajus.
  • 1/2 cawan kismis.
  • 1 sudu teh garam/secukupnya

Kalau nak sedap, macam kami beritahu iaitu goreng sendiri bawang goreng supaya naik baunya dan lebih beraroma.

Cara Penyediaan Resepi Kuzi Kambing :

#1: Basuh bersih dulu isi dan tulang kambing.Lepas tu rebus  sehingga empuk.Boleh guna periuk biasa ataupun pressure cooker. Masukkan sedikit garam supaya daging terasa.

Resepi kuzi kambing ni sedap untuk buat makan dengan roti jala, roti canai atau nasi tomato,hujan panas.Kalau nak tukar kambing ke ayam pun boleh je.Best.

Sambil tu goreng bawang untuk jadikan bahan goreng.Dah masak, toskan srta kisar bersama cucu cair.Ketepikan. Tumbuk halus atau kisar rempah kuzi homemade.Nak beli dekat kedai pun boleh.

#2: Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi. Biarkan cair baru masukkan bahan tumis di atas. Goreng hingga bawang layu dan guna api kecil sahaja.

Tambahkan cili kering kisar dan bawang kisar. Biarkan pecah minyak 2-3 kali.Baru tambahkan bawang goreng yang dikisar bersama susu cair tadi.

#3: Masukkan daging kambing, ubi kentang dan air rebusan daging. Air rebusan tu masukkan sikit-sikit. Tak nak jadi cair sangat. Tutup periuk dan renehkan 25-30 minit dengan api sederhana kecil.Baru sedap rempah masuk dalam isi daging.

Nampak macam dah pecah minyak, masukkan 3 sudu besar tomato puree,gula melaka yang dah dicincang dan kerisik. Kacau sebati dan tambahkan  garam gula secukupnya ikut selera anda.

Akhir sekali untuk lengkap resepi kuzi kambing ni ,tutup api, taburkan gajus dan kismis. Siap kuzi kambing anda.

Resepi kuzi kambing ni sedap untuk buat makan dengan roti jala, roti canai atau nasi tomato,hujan panas.Kalau nak tukar kambing ke ayam pun boleh je.Best.

Boleh la dihidangkan dengan apa jua pilihan anda sama ada roti jala,roti canai ataupun aneka nasi.