Resepi Laksa Johor Ori Air Tangan Orang Johor

21198
Sedapnya resepi laksa johor ni dengan kuah pekat yang dimakan dengan spageti dan ulam ulaman.Kuah laksa johor sedap guna ikan parang atau ikan kembung.

Resepi laksa johor yang popular di Johor sememangnya istimewa bagi penggemar laksa ini.Dengan mee spageti yang dihidangkan bersama ulam-ulaman serta kuah laksa yang pekat,memang membuka selera betul.Memang betullah Malaysia itu syurga makanan.Laksa nya pun pelbagai jenis.

Laksa johor original menggunakan ikan parang sebagai bahan utama di samping tulang ikan kurau untuk memberi rasa kepada kuah laksa dan penggunaan spageti sebagai laksa nya.

Proses memotong ulam timun bagi laksa johor ini juga unik sebenarnya. Timun dipotong dengan cara mengopek satu lapisan dari kiri ke kanan sebeluk dipotong panjang.Itu yang original lah.Kalau nak potong biasa pun tak de masalah.

Kalau laksa penang pula , cara penyediaan mementingkan rasa ikan dan rasa asam beserta bunga kantan yang memberi aroma. rasa utama iaitu sedikit pedas dan masam perlu dititikberat supaya kuah laksa  habis disuap ke dalam mulut.

BACA DI LINK BARU :Resepi Laksa Penang Sedap Dengan Kuah Laksa Pekat

Dari segi kepekatan kuah laksa, kuah laksa johor lebih pekat berbanding kuah laksa penang sebab kita makan laksa ori johor ni guna tangan sahaja.

Tips bagi anda yang mencuba laksa ini dan terus berjaya pada percubaan pertama, sila ikuti yang kami sarankan :

1-Tidak perlu menggunakan udang basah dan juga kepala udang rebus bagi kuah laksa johor.Cukup sekadar udang kering bergred mahal yang isinya tebal sahaja. Ini sudah cukup untuk dapatkan kuah laksa yang ummph.

2-Tempoh memasak kuah laksa perlulah lama dan menggunakan api kecil.Supaya semua rempah ratus dalam kuah laksa masak sepenuhnya dan memberi pelbagai perasa di dalam kuah.

3-Kuah laksa johor original menggunakan ikan parang disebabkan isinya yang lembut dan lebih sedap.Tapi kalau susah dapat, boleh gantikan dengan ikan kembung atau ikan selayang.

Terima kasih kepada Puan Jamiah Tulisman yang bermurah hati berikan resipi laksa johor sedap yang dipelajari dari ibunya.Mesti cuba ni tau.

Kuantiti bahan resepi laksa ori johor ini adalah untuk 3kg ikan dan anggaran 18-20 orang makan.Anda boleh ubah kuantiti ikut kemahuan ya.

Bahan Resepi Laksa Johor Sedap :

  • 3 kilogram ikan kembung
  • 3 batang serai saiz besar – diketuk
  • 3 senduk gulai cili kisar
  • 2 senduk gulai serbuk kari jenama Babas
  • 200 gram tulang ikan kurau
  • 1 liter santan pekat
  •  liter air untuk rebus ikan
  • 1 senduk gulai kerisik
  • 5 kepinga asam keping
  • 3 cawan minyak masak
  • Gula garam penambah perisa secukupnya

Sedapnya resepi laksa johor ni dengan kuah pekat yang dimakan dengan spageti dan ulam ulaman.Kuah laksa johor sedap guna ikan parang atau ikan kembung.

Bahan Sampingan Dan Ulam-Ulaman Laksa Johor :

  • 4- kotak spageti secukupnya.Rebus dengan sedikit minyak dan toskan
  • Bunga kantan dihiris halus
  • Daun kesum dihiris halus
  • Daun selasih dihiris halus
  • Bawang besar dihiris halus
  • Taugeh – ️Tak perlu celur (Buang akar dan tos )
  • Timun- potong bulat dan hiris halus (ada cara potong utk laksa Johor)Kalau Nak potong suka hati pun boleh.

Bahan Resepi Sambal Belacan :

  • 10 biji cili padi
  • 15-20 biji lada merah
  • 1 inci belacan bakar

Potong pendek cili dan goreng ️sehingga layu. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar bersama sedikit air masak.Kisar halus dan perasakan sedikit ikut

Bahan-bahan Kisar :

  • 8-10 biji bawang merah besar  anggaran saiz bola pingpong.
  • 15 ulas bawang Putih
  • 2 jnci halia
  • 2 cawan udang ️kering tebal

Kisar semua bahan di atas dan ketepikan dahulu.

Cara Penyediaan Laksa Johor Ori Lazat :

#1: Rebus dulu ikan sehingga masak dengan 1 liter air untuk 3kg ikan.Baru asingkan isi ikan pada satu bekas dan bekas lain untuk tulang serta kepala ikan.Kisar tulang dan kepala ikan bersama sedikit air rebusan.Dan tapis untuk masukkan ke dalam kuah laksa.Kisar juga aair dan isi ikan.Yang ni tak perlu tapis.Simpan baki air rebusan ikan.

Sedapnya resepi laksa johor ni dengan kuah pekat yang dimakan dengan spageti dan ulam ulaman.Kuah laksa johor sedap guna ikan parang atau ikan kembung.

#2: Rendam dulu tulang ikan kurau dengan air dan sedikit garam dalam anggaran sejam untuk kurangkan rasa masin.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.

#3: Masukkan serai yang diketuk dan cili kisar.Masak hingga mula pecah minyak dengan api sederhana.Tambahkan serbuk kari dan biarkan hingga pecah minyak sekali lagi.Baru masukkan isi ikan kisar,hasil tulang dan kepala ikan kisar ,santan,tulang ikan kurau,asam keping,kerisik dan juga baki air rebusan ikan.Jangan masuk kesemuanya.Ikut tahap kepekatan kuah laksa johor yang kita mahu.

Sedapnya resepi laksa johor ni dengan kuah pekat yang dimakan dengan spageti dan ulam ulaman.Kuah laksa johor sedap guna ikan parang atau ikan kembung.

#4: Masak hingga mendidih baru perasakan dengan garam gula serbuk perasa ikut selera.Bila dah pekat , tutup api.

Dah siap semuanya, barulah boleh hidang dengan spageti tadi,ulam ulaman beserta sambal belacan dan asam limau kasturi.Memang power betul laksa johor ni .Makan lak dengan tangan.Lagi terasa.

Sedapnya resepi laksa johor ni dengan kuah pekat yang dimakan dengan spageti dan ulam ulaman.Kuah laksa johor sedap guna ikan parang atau ikan kembung.

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom