Kami mahu berikan anda resepi laksa pangkor. Untuk anda cuba sendiri keenakan laksa ini. Kalau nak buat, mee laksa dia special sikit. Boleh beli dari orang yang jual online. Kalau takde juga, boleh je ganti dengan mee lidi, atau spageti. Tapi kalau nak sedap, cari je mee laksa pangkor. Ada yang jual.
Secara asasnya, dalam semangkok laksa, ada mee, kuah sup ikan kembung atau sup ketam atau sup sotong. Kebiasaan sup ikan kembung segar lah. Lepas tu letak pula sambal udang. Ulam atau sayur dia senang dia. Kacang hijau serta sedikit lobak masin.
Itu yang asli. Bila dah ramai buat, ikut selera tekak, jadi ada lah sedikit penambah selera masing-masing.Yang suka bawang putih, diletakkan sedikit hirisan bawang putih dalam sayur kacang.
BACA DI LINK BARU : Resepi Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Tak Hanyir. Best Sangat.
Terima kasih kepada Puan Lina Alias di atas sumbangan resepi laksa pangkor ni. Boleh kami semua cuba nanti kan.
Bahan Resepi Laksa Pangkor Sedap :
Bahan A :
- 2 paket mee pangkor. Didihkan 1- 1.5 liter air dalam periuk. Masukkan mee dan pastikan mee lembut baru angkat dan tos.
Bahan B : Kuah Sup Laksa Pangkor :
- 1 kilogram ikan kembung
- 5-6 tangkai daun sup
- 3 ulas kecil bawang putih
- 4 biji bawang merah saiz 20 sen baru
- 3 liter air
Bahan C : Sayur Laksa Pangkor :
- 10 batang kacang panjang
- 3 sudu makan lobak masin ( dalam ni tak letak )
- 2 ulas bawang putih dihiris nipis ( ini ditambah sendiri )
- Sedikit minyak
Bahan D : Sambal Udang Resepi Laksa Pangkor :
- 1/2 kilogram udang saiz sederhana
- 4 sudu makan cili kisar
- 2 biji bawang merah saiz 20 sen baru
- 2 ulas kecil bawang putih
- 1/2 inci belacang yang dibakar
- 1 keping asam gelugor/keping
Cara Buat Resepi Laksa Pangkor Istimewa :
Cara Buat Kuah Laksa Pangkor :
#1: Rebus ikan dengan asam keping dan sedikit garam. Bila dah masak, asingkan isi ikan dari tulang. Tapi ada yang letak ikan seekor atau dibelah dua. Yang ni kita ambil isi ikan sahaja. Rebus dengan 500 mliter air tu.
Sementara itu tumis dalam kuali bawang putih yang diketul dan juga bawang merah dihiris dadu hingga layu dan mula garing. Ambil semua termasuk sedikit minyak masukkan balik dalam periuk yang ada air rebusan ikan tu. Tambah baki 2.5 liter air
Perasakan sesuai dengan tekak. Tutup api dan taburkan daun sup yang dipotong. Nak masukkan bawang goreng pun boleh.
Cara Buat Sayur Untuk Laksa :
#1: Kacang panjang dipotong halus seperti dalam gambar. Panaskan sedikit minyak dan masukkan kacang bersama baang putih diketuk dan secubit garam. ( Kalau yang resepi asal letak lobak masin ). Pastikan warna bertukar jadi terang. Dah siap.
Cara Buat Sambal Udang :
#1: Kisar bawang merah,belacan bakar dengan bawang putih. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.Baru masukkan cili kisar dan asam keping. Biarkan pecah minyak 2-3 kali lagi dan kacau sesekali.
Barulah masuk isi udang dan masak hingga udang sempurna masaknya. Perasakan dengan garam, gula mengikut selera.
Kalau tak nak air udang turun, goreng tanpa minyak sekejap untuk keringkan udang sebelum masukkan dalam sambal. Terpulang.
Dah siap semua dah bahan resepi laksa pangkor, masa untuk hidangkan. Sedap.Selamat mencuba tau.
Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom