Saya ni asal Kelantan. Kalau sebut laksa, ada dua cara boleh buat. Resepi laksa Kelantan kuah putih atau resepi laksa penang. Saya suka yang penang sebab dia tak guna santan dan kuahnya rasa aroma bunga kantan. Terbaik hirup tambah-tambah pekat. Sedap.
Kalau resepi laksa penang asli, dia guna daun kesom, saya suka ganti dengan daun sweet basil. Ada aroma tersendiri dan kalau restoran , banyak guna daun ni ganti daun kesom. Manis jadi kuahnya n masuk elok dengan ikan.
Kalau nak guna ikan untuk kuah laksa penang, yang paling best mestilah ikan sardine atau namanya kita panggil ikan selayang.Ada juga yang guna ikan kembung.Takde masalah tapi ikan selayang lagi sedap jadi kuahnya.
Cara buat laksa penang ini seperti di bawah. Kalau nak sedap kena ikut la tips saya beri tu. Baru terasa pekat likat kuah laksanya.Bahan-bahan tuk resepi laksa penang ni cukup untuk 8-12 orang makan .
- 3 liter air
- 1 kilogram ikan sardin iaitu Boleh guna selayang putih atau hitam
- 100 gram bawang merah bakar
- 50 gram lada kering
- 25 gram belacan bakar
- 15 gram daun sweet basil atau daun kesom
- 3 batang bunga kantan
- 2 keping asam keping saiz sederhana
- Garam gula serbuk perasa
Untuk pelengkap dan ulam-ulaman laksa penang ni :
- Daun salad
- Hirisan bawang besar, hirisan bawang merah , cili , nenas
- Telur rebus
Terpulang untuk anda bab pelengkap ni ea. Asalkan anda suka , boleh masukkan.
BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Nasi Lemak Yang Tahan 4-5 Hari Tanpa Risau.Ini Rahsia Peniaga.
Cara buat kuah laksa penang ni anda boleh tengok video di atas atau bawah yang saya sediakan.
#1: Bersihkan lada kering dan sangai .Tanpa minyak. Untuk keluarkan rasa lada kering tu bagi sedap kuah laksa.Bakar juga bawang merah dan belacan sampai dah keluar bau. Lagi harum la kuah.
#2: Rebus ikan sardin sampai masak. Letakkan sedikit garam dan asam keping sekeping masa nak rebus. Isi air ½ daripada ikan. Lepas dah rebus , sejukkan.Asingkan isi ikan dengan tulang. Jangan buang tulang. Nanti kita nak guna juga.
#3: Blend isi ikan . Guna air daripada stok 3liter yang dah disukat.Jangan tambah air lain. Sambung blend tulang ikan sampai hancur dan tapis . Blend bawang bakar , belacan bakar bersama lada kering tadi .Guna air dari stok 3l juga.
#4: Sebab nak buang asam keping bila dah mendidih kuah laksa penang masak, saya masukkan dalam uncang tea bag. Senang. Panaskan air baki 3l tadi, masukkan semua bahan kisar, masukkan bunga kantang yang dibelah 4 , daun sweet basil dan asam keping.
#5: Masak sampai mendidih dan bertukar warna dah, masukkan bahan cukup rasa, gula ,garam sesuai dengan selera . Waktu ni keluarkan asam keping dan daun sweet basil. X nak dia letak lama-lama nanti tak best kuah laksa . Daun sweet basil boleh beli kat tesco. Nak gantikan dengan daun kesom pun boleh tapi saya suka daun ni lagi.
Memang sedap la , pekat likat kuah laksa penang ni. Puas hati , bertambah adik beradik datang makan tau. Selamat mencuba resepi laksa penang asli versi saya .Puas hati.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom