Resepi Laksa Sarawak Yang Pasti Menjilat Jari.Nyaman Gilak

148270
Alahai,rupa-rupanya senang sangat buat laksa sarawak yang sedap ni.Guna pes laksa dan masukkan ke dalam periuk.Sambal udang kering tambah dalam laksa best.

Kalau sebut pasal laksa,muncul banyak variasi laksa mengikut negeri di Malaysia ni kan.Kalau di Sarawak mestilah terkenal dengan resepi laksa Sarawak nya .Di Kelantan pula terkenal dengan laksa putih dan laksa penang. Di Kedah laksa ikan sekor manakala di Johor pula laksa Johornya.

Jadi mana satu hidangan laksa yang menjadi pilihan hati ? Kami ? Semua kami makan. Asalkan sedap sahaja.Heee. Hari itu sebelum pulang bercuti ke kg halaman, kami sempat buatkan laksa sarawak untuk keluarga.

Alhamdulillah habis licin hidangan laksanya.So alang-alang dah buat, terus kami snap gambar untuk senang diupdate masuk ke dalam laman web kami.Bagi mudahkan  berkongsi resepi laksa sarawak ini untuk mereka yang tercari-cari cara membuatnya.
 .
.
Untuk menambahkan lagi rasa, antara benda yang wajib ada adalah sambal udang kering.Tambahan sambal udang kering ke dalam laksa sarawak memang kombinasi rasa yang sesuai.
Alahai,rupa-rupanya senang sangat buat laksa sarawak yang sedap ni.Guna pes laksa dan masukkan ke dalam periuk.Sambal udang kering tambah dalam laksa best.

Jom kita tengok bahan-bahan resepi laksa sarawak.Oh ya ini anggaran untuk 4-6 orang makan.Anda boleh ubah berdasarkan kuantiti ya.

  • 2 ketul isi dada ayam
  • 8-10 ekor udang pilihan anda
  • 200 gram / 1 botol pes perencah laksa jenama Liza
  • 1 bungkus mihun jenama Faiza direndam dan dicelur
  • 2 batang serai saiz sederhana diketuk
  • 1 inci halia muda diketuk
  • 4 biji telur ayam
  • 2 ketul fishcake
  • 200 ml santan pekat
  • 2 liter air
  • Cili merah secukupnya
  • Taugeh
  • Sayur sawi
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit daun ketumbar

Semua bahan dah ada, jom kita tengok cara membuat resepi laksa sarawak yang pastinya bertambah ni :

#1: Rendam mihun ke dalam air sejuk.Ketepikan.Didihkan 2 liter air bersama halia dan serai yang diketuk.Bila mendidih,masukkan dada ayam dan rebus sampai masak.Masukkan udang di akhir 10 minit. Angkat dan toskan.Sementara itu,pecahkan telur dan kacau sebati.Gunakan non stick pan ya untuk mudah.Panaskan dan  buatkan menjadi telur dadar.Bila masak, gulung dan hiris halus.Ketepikan.
#2: Isi dada ayam yang sejuk diracik halus.Ketepikan.Jom kita buat kuah laksa sarawak.Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan tadi.Masak hingga mendidih dan tambahkan santan.Kacau sebati serta kecilkan api.Perasakan dengan garam dan gula.Siap.
Alahai,rupa-rupanya senang sangat buat laksa sarawak yang sedap ni.Guna pes laksa dan masukkan ke dalam periuk.Sambal udang kering tambah dalam laksa best.
#3: Didihkan air dalam periuk lain untuk mencelur sayur sawi , fishcake.Baki air masukkan ke dalam mihun untuk melembutkannya.Hiris halus fishcake,daun ketumbar,cili merah.Taugeh tak perlu dicelur sebab kami suka rasanya yang rangup.
 .
Kuah dan isi laksa sarawak telah siap.Jom kita buat sambal udang kering nya pula.Bahan-bahan sambal udang kering adalah :
  • 4 biji bawang merah saiz 50 sen dibakar
  • 2 ulas bawang putih dibakar
  • 1 sudu teh belacan dibakar
  • 1/2 genggam udang kering
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh asam jawa dan dicampur air
  • Garam dan gula

Cara membuatnya pula :

#1:  Bakar terlebih dahulu bahan yang perlu dibakar supaya lebih sedap dan harum.Kisar bawang merah,bawang putih,belacan,udang kering sehingga halus.Masukkan sedikit air sahaja ya.Alahai,rupa-rupanya senang sangat buat laksa sarawak yang sedap ni.Guna pes laksa dan masukkan ke dalam periuk.Sambal udang kering tambah dalam laksa best.

#2: Masukkan minyak ke dalam kuali dalam anggaran 1/2 cawan.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan barulah dimasukkan cili kisar.Tumis hingga pecah minyak barulah dimasukkan air asam jawa beserta garam dan gula.Masak hingga pecah minyak beberapa kali dan pekat.

Ok semua bahan dah siap, terus masukkan mihun kedalam mangkuk beserta isi dada ayam rebus,udang,fishcake,hirisan telur dadar goreng ( kami x guna sebab alahan pada telur ),sayur sawi, taugeh,hirisan cili merah beserta daun ketumbar.

Kalau sebut pasal laksa,muncul banyak variasi laksa.Kalau di Sarawak mestilah dengan resepi laksa Sarawak nya .Di Kelantan pula laksa putih dan laksa penang.

Lepas itu masukkan kuah laksa sarawak dan makan dengan sedapnya.Masukkan juga sambal udang kering tadi tau.Selamat mencuba.Memang best.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom