Resepi Lamb Chop Sos Blackpepper Homemade Tapi Power

156669
Jom cuba resepi lamb chop homemade tapi rasa dia, perghh sangat sedap.Cara buat amb chop dengan sos black pepper yang mudah dan sedap.Lepas ni memang dua kali seminggu la makan western ni.

Bila sebut sahaja lamb,banyak menu menarik muncul dalam kepala.resepi lamb chop la,lamb grill,lamb bbq,lamb kebab.Dari menu Melayu hinggalah Western.Siapa penggemar lamb chop ?

Kali ini kami nak berikan anda resepi lmb chop terbaik dengan gabungan sos black pepper pekat berkrim,mashed potato dengan coslow sekali.Lengkap kan.

Nak makan kat restoran western,kadang-kadang tak berbaloi dengan harga.RM21 tapi kuantiti tak memuaskan,onion ring yang hanya disalut dengan serbuk roti dan juga coslow yang sayurnya tak sepadan dengan mayonis.Tambah-tambah anak ramai,lagi lah terasa kan.

Jadi jangan risau,kalau anda cuba sekali resepi lamb chop dan chicken grill ni,kami rasa mmg kat rumah boleh buat sendiri kan.Yang penting kena ada lada hitam yang belum diproses lagi.Kita kisar sendiri barulah sedap.

Jangan lak ambik mutton untuk buat lamb chop ni.Nanti tak berapa sedap lemak banyak.Apa beza mutton dan lamb ?

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Ayam Penyet Beserta Sambal Ayam Penyet Sedap

Ok untuk mutton,ianya biri-biri yang umurnya 2 tahun ke atas.Sesuai untuk buat sup dan kari sbb daging liat.Manakala lamb pula yang bawah 2 tahun.Daging masih lembut,lemak sedikit.Sesuai buat bbq dan menu western.

Jom kita tengok  cara buat lamb chop ini step by step.

Jom cuba resepi lamb chop homemade tapi rasa dia, perghh sangat sedap.Cara buat amb chop dengan sos black pepper yang mudah dan sedap.Lepas ni memang dua kali seminggu la makan western ni.

Bahan Resepi Lamb Chop : 

Bahan-bahan perapan lamb/ayam:
Untuk 4-5 ketul.Gandakan ikut kesesuaian

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan air perahan lemon/ cuka
  • 1 sudu makan lada hitam

Tumbuk lumat semua bahan perapan lamb dan perap selama 2 jam minima. Lagi best perap semalaman di dalam peti.

Selepas diperap, boleh bakar lamb di atas pemanggang atau masukkan dalam oven pada suhu 180’C selama 15-20 minit.Lapik dengan aluminium foil ya untuk bakar lamb tu.

Bahan-bahan untuk coslow:
Kuantiti 4-5 orang

  • 1/2 kubis ungu sekitar 500 gram
  • 1 batang lobak merah
  • 225 gram (1 botol ) mayonis brand kraft nature
  • 1 sudu teh air perahan lemon/cuka
  • serbuk lada hitam,garam,gula secukupnya

.Potong halus kubis dan lobak merah.Atau sagat je.Masukkan semua bahan dan sesuaikan ikut rasa.

Jom cuba resepi lamb chop homemade tapi rasa dia, perghh sangat sedap.Cara buat amb chop dengan sos black pepper yang mudah dan sedap.Lepas ni memang dua kali seminggu la makan western ni.

Bahan-bahan untuk mashed potatoe:
Kuantiti untuk 4-5 orang

  • 2 biji kentang
  • serbuk lada hitam/lada putih (jika mahu) dan garam

Rebus sampai empuk kentang lepas tu lenyek hancur / kisar. Perasakan dengan serbuk lada hitam n garam secukupnya.

Bahan-bahan sos black pepper pekat :
Kuantiti 4-5 orang

  • 2 sudu makan buttercup
  • 1 biji bawang besar saiz 2 bola pingpong dan dipotong dadu
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 2 cawan susu segar atau ditambah air sedikit pun takpe
  • 330 gram (1botol) sos jalen lada hitam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam gula secukupnya
  • Kicap pekat sedikit jika mahu hitamkan
  • Jom cuba resepi lamb chop homemade tapi rasa dia, perghh sangat sedap.Cara buat amb chop dengan sos black pepper yang mudah dan sedap.Lepas ni memang dua kali seminggu la makan western ni.

 

Cara Penyediaan Resepi Lamb Chop Istimewa : 

Cara-cara penyediaan sos gravy lamb chop ini :

#1: Cairkan buttercup,masukkan bawang dan masak hingga layu, Kisar dua bahan ini dengan susu segar dan lada hitam. Kisar lumat.

Baru tuang letak semula di dalam periuk dan panaskan lagi .Masukkan sos lada hitam.Api kecil ya.Barulah masukkan garam gula. Biarkan mendidih dan kalau nak warna gelap,tambah sedikit kicap. Terpulang.

#2: Nak pekatkan kuah masukkan bancuhan tepung ubi tu.Kacau dulu tepung jagung dgn sedikit kuah biar sebati barulah masukkan dalam periuk sos gravy.

Jom cuba resepi lamb chop homemade tapi rasa dia, perghh sangat sedap.Cara buat amb chop dengan sos black pepper yang mudah dan sedap.Lepas ni memang dua kali seminggu la makan western ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom