Resepi Lasagna Cheese Daging Paling Mengancam Selera. Alahai Bestnya

71463
Kami beri resepi lasagna cheese daging yang sangat sedap dan lengkap untuk sama -sama kita nikmati hidangan ala western yang sedap ni.Boleh buat jual juga tau.

Kami nak beri resepi lasagna cheese yang terasa kelembutan kepingan lasagna,kesedapan cheese keju mozarella,parmesan dan juga cheddar yang bercampur sebati dengan sos bolognaise dan sos putih dalam satu hidangan lengkap. Memang membangkitkan aroma makan hidangan ala western ni.

Ditambah pula dengan citarasa selera Malaysia,letak serbuk lada hitam dan buat pedas ikut tahap kita nak.memang terbaik.

Sebelum buat,kami nak bagi tips buat resepi lasagna sedap ni untuk anda berpuas hati dengan kelembutan rasa lasagna sheet. Kalau tak,keras rasa gigit kulit kayu tau.

BACA DILINK BARU : Resepi Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah best Sangat

1- Pastikan rendam apa jua pilihan jenama lasagna sheet anda 5-7 jam minima untuk dapatkan kelembutan tu. Cara senang,nak tidur malam,rendam dan pagi esok leh guna.

2- Tips waktu merendam.jangan lekatkan di atas,lapik sebab lasagna sheet ni mudah melekat di antran satu sama lain. Jarakkkan dia ya.

3- Nak letak keju parmesan dalam sos putih boleh,tak nak letak pun boleh. Nak letak keju cheddar ketika siap melapis lasagna di atas sekali pun boleh.Dan tambah dengan parutan keju mozzarella diantara setiap lapisan pun boleh. Semua ini pilihan ea. Ikut bajet anda

Kami beri resepi lasagna cheese daging yang sangat sedap dan lengkap untuk sama -sama kita nikmati hidangan ala western yang sedap ni.Boleh buat jual juga tau.

Bahan Resepi Lasagna Cheese Mudah :

  • Kepingan lasagna yang direndam dan ditos.Ikut cara atas
  • 2 keping keju cheedar setiap bekas
  • Parutan keju mozarella secukupnya

Bahan Resepi Sos Bolognoise :

  • 150 gram sos spageti jenama Prego/Kimball
  • 200 gram tomato puri
  • 150 gram daging kisar/ayam cincang
  • 1/2 biji bawang Holland saiz bola tenis cincang halus
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1/2 sudu makan serbuk oregano
  • 1 sudu makan butter/mentega
  • Garam/gula/serbuk perasa

Cara Buat Sos Bolognaise Untuk Lasagna :

#1: Panaskan butter hingga cair,masukkan bawang putih cincang hingga naik bau dan kekuningan baru tambah bawang besar cincang. Tumis bagi layu supaya kuah sos terasa manis daripada bawang.Dalam hidanganwestern, bawang adalah antara salah satu bahan wajib.

Campurkan daging kisar dan kacau hingga masak serta kering air daging. Baru tambahkan sos spagetti,tomato puri,serbuk oregano.

Masak bagi naik wap,baru perasakan ikut selera tekak.Siap dan ketepikan.

Bahan Resepi Sos Putih Resepi Lasagna :

  • 2 sudu makan butter/mentega
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan susu segar full cream
  • 1 tin/ 295 gram sos carbonara preggo
  • 1 keping cheddar jika mahu
  • 1 sudu makan parmesan jika mahu
  • Serbuk perasa

Cara Penyediaan Sos Putih Resepi Lasagna Cheese :

#1: Kacau sebati gandum dengan sedikit susu segar supaya tak berketul.Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum dan baki susu full cream.Kacau sebati hingga mula mendidih.

Masukkan sos carbonara,kepingan cheddar,parmesan.Rasa dan jika nak tambah serbuk perasa,silakan.Garam gula tak perlu ya. Siap.

Kami beri resepi lasagna cheese daging yang sangat sedap dan lengkap untuk sama -sama kita nikmati hidangan ala western yang sedap ni.Boleh buat jual juga tau.

Cara Bakar Resepi Lasagna Daging :

#1: Dalam bekas aluminium/loyang,masukkan sos bolognaise 1 sudu makan,1 sudu sos putih,baru letak 1 kepingan lasagna. Nak tabur parutan keju mozarella pun boleh jika suka.

Lapiskan begini hingga penuh bekas.Dalam anggaran 5-6 lapis. Baru tuangkan sos bolognaise dan sos putih menutupi ruang dalam bekas.

#2: Untuk bahagian atas,letak sos bolognaise dan putih banyak sedikit baru letak kepingan keju cheedar dan parutan keju mozerella serta sedikit keju parmesan di bahagian atas jika mahu.Tabur juga daun oregano kering jika nak aroma lasagna labih terasa.

Baru cheese bertarik-tarik nanti bila dah siap.Yang kuantiti ikut suka sebab nak buat makan,letak banyk,nak jual,letak sikit dan guna keju tertentu je kan.

Kami beri resepi lasagna cheese daging yang sangat sedap dan lengkap untuk sama -sama kita nikmati hidangan ala western yang sedap ni.Boleh buat jual juga tau.

#3: Bakar pada suhu 190-200’C selama 45 minit guna api atas bawah ikut oven anda masing atau sehingga garing tahap anda nak.

Sedap dimakan panas-panas. Kalau anda nak buat resepi lasagna ayam,hanya ganti dengandaging kisar tu,guna ayam cincang.Mudah kan.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom