Antara salah satu menu wajib pada waktu pagi adalah lempeng.Sebut sahaja resepi lempeng pisang, lempeng gandum atau lempeng kelapa,semua sedap tau.Biasanya kami makan lempeng ni dengan susu pekat dah cukup sedap dah.Tapi kalau stok susu dah habis,makan macam tu pun dah best tambah-tambah kalau lempeng pisang.Jadi kali ni kami nak bagi resepi sarapan pagi yang awesome ni, lempeng.
Kalau kita orang Melayu ni,ianya lempeng.Kalau mat saleh, sebutnya pancake.Dua benda ni sama je tau.Tapi biasanya,ada yang letak serbuk penaik untuk jadikan pancake gebu.Mungkin kegemaran orang tapi bagi kami,cukup jelah dengan lempeng yang nipis tanpa serbuk penaik.Itu pon dah cukup sedap.
Jadi kali ini kami nak kongsikan resepi lempeng pisang yang sangat mudah tapi sedap.Yang bestnya, untuk orang diet, boleh makan lempeng ni.Sebab bagus tuk diet, tak guna tepung gandum.
BACA LINK BARU : Sambal Ikan Bilis Yang Tahan Lama Dan Kekal Rangup
Jom tengok bahan-bahan untuk buat lempeng pisang ni:
Bahan yang dinyatakan adalah untuk hasilkan sebiji lempeng yang bersaiz besar ya.
- 2 biji pisang berangan or apa-apa jenis pisang
- 1 biji telur ayam
- 3 sudu makan oat
- 1/3 cawan susu segar
Cara-cara penyediaan resepi lempeng pisang ni sangat senang.
#1: Masukkan semua bahan kedalam pengisar dan kisar sehingga hancur.Sementara panaskan nonstik pan dan sapukan minyak zaitun atau minyak masak dengan tisu .Sedikit sahaja.Gunakan nonstik pan untuk hasilkan lempeng yang cantik ya dan tidak melekat.
#2: Masak menggunakan api kecil sekitar 6-8 minit pada bahagian pertama.Cara untuk ketahui lempeng sudah masajk dan boleh diterbalikkan atau tidak, caranya adalah dengan goyangkan pan.Jika lempeng bergerak,dah boleh terbalikan.
#3:Masak bahagian sebelah lagi sekitar 6-8 minit juga dan angkat.Rasanya penuh wangi dengan pisang dan sesuai dimakan ketika panas tanpa sebarang sambal ya.Memang sedap dan menyelerakan.Silap-silap bertambah dua tiga keping lempeng pisang ni.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom