Resepi Lepat Jagung Awesome Dengan Guna Kulit Jagung. Beraroma!

5676
Buat resepi lepat jagung dengan cara kreatif. Lebih sedap guna kulit jagung sebab aroma dia kan. Guna pula jagung manis dari Cameron Highland. Terbaik

Hari ini kami mahu kongsikan resepi lepat jagung yang best. Apa yang menariknya, biasanya lepat dibungkus di dalam daun pisang tapi kali ini unik sedikit caranya. Ianya menggunakan kulit jagung untuk membungkus isi lepat dan dikukus. Tapi kalau tiada, anda kembali pada cara asal iaitu gunakan daun pisang untuk membungkus lepat.Senang kan.

Nak lagi sedap, anda gunakan jagung manis yang dari Cameron tu. Waaa boleh sambil jalan-jalan. Gunakan alasan untuk mencari jagung manis.heee.

Tips untuk guna kulit jagung untuk membungkus isi resepi lepat jagung ini ialah anda perlu pilih jagung yang bersaiz besar. Ini akan mudahkan proses pembungkusannya. Selain itu, bersihkan dahulu kulit jagung supaya bersih daripada rerambut dan kotoran lain.

Bila sebut pasal kuih lepat, mesti tak lari dari rasa yang sedap dan sedikit melekit ataupun kenyal. Jadi untuk kanak-kanak dan orang tua, berhati-hati ketika makan agar boleh elakkan daripada kes tercekik.

Nampak lucu kan tapi berita orang tercekik kuih lepat yang melibatkan warga tua ada 2-3 kali disiarkan di dalam berita.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Telaga Emas,Adik Si Nona Manis.Best Rasa Kuihnya

Terima kasih kepada Puan Mas Cotek di atas resepi lepat jagung ini. Semoga puan sentiasa dimurahkan rezeki sekeluarga dan dipanjangkan umur. Amin.

Buat resepi lepat jagung dengan cara kreatif. Lebih sedap guna kulit jagung sebab aroma dia kan. Guna pula jagung manis dari Cameron Highland. Terbaik

Bahan Resepi Lepat Jagung Manis :

Sukatan resepi ini akan hasilkan lebih kurang 25 biji lepat.

  • 4 tongkol jagung disagat halus
  • 1 tongkol jagung dihiris kasar
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan santan kotak
  • Kulit jagung atau daun pisang secukupnya untuk membungkus

Semua sukatan dalam cawan di atas menggunakan cawan sukatan standard 250ml

Cara Buat Resepi Lepat Jagung Cameron Sedap :

#1: Sagat jagung bagi halus dan satu tongkol lagi dihiris untuk nampak berbiji dalam lepat nanti. Ketepikan seketika. Masukkan semua bahan kecuali daun untuk membungkus  ke dalam satu periuk. Kacau sebati dahulu sebelum dibuka api.

Gunakan api sederhana kecil dan mula kacau sehingga adunan lepat jagung ini mulai memekat. Tutup api.

Video tutorial :

#2: Bersihkan kulit jagung dan potong hujung kiri dan kanan. Cedok 1 sudu makan membukit adunan lepat jagung tadi dan letak di tengah kulit jagung. Kalau rasa sedikit dan daun anda besar, cedok la 2 sudu makan. Barulah bungkus dan kemaskan hujung kiri dan kanan. Bungkus biasa je.

Buat resepi lepat jagung dengan cara kreatif. Lebih sedap guna kulit jagung sebab aroma dia kan. Guna pula jagung manis dari Cameron Highland. Terbaik

Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih, susun lepat jagung secara bertindan dalam pengukus dan kukus selama 20 minit menggunakan api besar.

Dah siap dah resepi lepat jagung anda. Sesuai sangat untuk dimakan sebagai menu sarapan pagi dan minum petang. Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom