Resepi Lepat Pisang Mudah Tapi Best.Siap Tips Lipat Cantik Elok

23333
Memang berbaloi cuba resepi lepat pisang bersantan ni.Guna pula pisang berangan ,lagi lah sedap. Ada kami sertakan sekali camna nak bungkus cantik .Best kan.

Kami mahu kongsikan resepi lepat pisang yang sedap. Bukan sahaja rupa lepat yang cantik elok, rasa lepat pisang inti kelapa yang sedap malahan tips untuk bungkus lepat pisang pun disertakan sekali.

Untuk resepi lepat pisang ini, guna pisang awak-awak. Kalau nak lagi sedap, gunalah pisang emas atau pisang berangan yang masak. Lagi bertambah sedap. Dalam resepi ini juga digunakan gula pasir, tapi kalau anda nak warna lepat yang lebih menarik, gunakan gula melaka ataupun gula merah. Hasilnya, lepat pisang warna coklat cantik akan terhasil.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sup Telur Simple Tapi Bertambah Nasi.Best Sangat

Penggunaan santan pekat dalam resepi lepat pisang akan jadikan kuih lepat lagi lemak dan manis.Sesuai la dengan rasa likat lepat. Kalau anda tak nak guna pun tiada masalah,tapi gantikan sukatan santan dengan air sahaja.

Untuk tips membungkus lepat, boleh tengok dalam gambar di bawah. Pastikan anda potong daun pisang pada ukuran 5 inci x 7 inci untuk cantik dan sekata. Daun pisang juga perlu dilayur sekejap untuk elakkan daripada mudah koyak.

Terima kasih kepada Puan Mas Cotel yang sudi berkongsi tips dan resepi lepat pisang sedap kepada kami semua. Semoga puan dipermudah urusan dan dimurahkan rezeki.

Memang berbaloi cuba resepi lepat pisang bersantan ni.Guna pula pisang berangan ,lagi lah sedap. Ada kami sertakan sekali camna nak bungkus cantik .Best kan.

Bahan Resepi Lepat Pisang Sukatan Cawan :

  • 3 cwn pisang awak siap lenyek ( lebih kurang 18-21 biji )
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 3/4 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn santan pekat

Gunakan cawan penyukat metrik standard 250 ml.

Bahan Lain :

  • 1/2 biji kelapa parut sederhana muda. Ambil lapisan putih sahaja dan gaul dengan 1 sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya yang siap dilayur dan dipotong dengan ukuran 5 inci x 7 inci.

Cara Buat Resepi Lepat Pisang Santan :

#1: Sediakan daun pisang , potong dan layurkan terlebih dahulu. Ketepikan.Sediakan pula inti. Ketepikan.

Barulah masukkan semua bahan-bahan ke dalam bekas iaitu gandum, santan, gula pasir dan pisang yang siap dilenyek. Gaul sebati.

#2: Ambil 2 sudu makan adunan dan letakkan di atas daun pisang.Cara untuk bungkus cantik dan padat ialah, gulung daun pisang menutupi adunan, lipat dulu hujung kiri dan tekan padat barulah disudahi dengan lipat di hujung kanan. Rujuk gambar.

Memang berbaloi cuba resepi lepat pisang bersantan ni.Guna pula pisang berangan ,lagi lah sedap. Ada kami sertakan sekali camna nak bungkus cantik .Best kan.

Sambil melipat sambil panaskan air dalam pengukus.

Dah siap semua, susun dalam pengukus dan kukus dengan api perlahan selama 15-20 minit. Pastikan air dah mendidih ya.

Sejukkan lepat dan siap sedia untuk dimakan.

Macam mana ? Mudah je kan cara buat resepi lepat pisang ni.Boleh la anda cuba .Banyak tips kami sertakan.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom