Resepi Limpa Masak Hitam Mudah Dan Senang Tapi Menggiurkan

47421
Untuk resepi limpa masak hitam ini, rebus sampai empuk dulu limpa baru masak hingga kering.Limpa juga boleh dibuat kerutuk limpa atau limpa masak air asam.best.

Sebut sahaja organ limpa,pasti menu resepi limpa masak hitam,limpa air asam,rendang limpa antara yang menjadi pilihan penggemar salah satu organ dalaman lembu selain perut,paru dan hati ni.

Anda pernah makan nasi lemak dengan rendang kering limpa ? Bagi yang tidak pernah mencubanya,rasa limpa seakan akan hati lembu dari segi rasa cuma berbeza tekstur.Limpa lebih lembut dan sedikit kenyal.

Jadi masakan yang sesuai untuk limpa adalah jenis slow cook atau masakan yang ambil masa dengan api perlahan dan salah satunya adalah resepi limpa masak hitam ini.

Tips bagi mendapatkan limpa yang lembut adalah sebelum dimasak kicap,limpa direbus terlebih dahulu dengan sebatang serai,sekeping asam keping bersama secubit garam dan air secukupnya sehingga empuk.

Jika anda tak buat ,maka sampai sos hitam pekat dan kering limpa anda tetap tak lembut.

Apa cara masak limpa lembu selain pilihan di atas ?

Ada juga yang suka masak limpa goreng cili atau kunyit malah kalau anda singgah di Pasar Siti Khadijah,Kota Bharu,ada banyak kedai yang menjual kerutuk limpa lembu selain kerutuk hati.

Dan ianya popular bagi masyarakat setempat.Cuba lah.

Bahan-bahan untuk resepi limpa masak hitam versi kami ini :

  •  700-800 gram limpa lembu
  • 4 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia *
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan asam jawa.Ramas dan ambil airnya
  • Kicap manis Enaq ikut rasa
  • 2 sudu makan minyak
  • 3/4 cawan air
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 4 biji lada merah/hijau yang besar
  • 10 helai daun kari

Untuk resepi limpa masak hitam ini, rebus sampai empuk dulu limpa baru masak hingga kering.Limpa juga boleh dibuat kerutuk limpa atau limpa masak air asam.best.

Cara masak resepi limpa masak hitam :

#1: Limpa dipotong besar dan direbus sehingga empuk.Masukkan serai sebatang diketuk,asam keping 1 dan juga secubit garam dengan air secukupnya.Tos bila siap dan potong dadu.

Tumbuk bahan yang bertanda *.Tumis bahan tumbuk hingga naik bau bersama daun kari.Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Api kecil

#2: Masuk air asam jawa, air dan biarkan mendidih pecah minyak. Tambah gula garam serbuk perasa dan kicap sehingga warnanya sedikit hitam .Sesuaikan rasa hingga sebati.

Untuk resepi limpa masak hitam ini, rebus sampai empuk dulu limpa baru masak hingga kering.Limpa juga boleh dibuat kerutuk limpa atau limpa masak air asam.best.

#3: Masukkan limpa lembu tadi dan gaul biar sebati. Masak hingga kering barulah tambah bawang besar,  hirisan lada besar Masak hingga layu.

Wah memang mudah la masak resepi limpa masak hitam.Rasa dia masuk elokkk ja. Sedap sangat.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom