Resepi Lontong Johor Kuah Lodeh 2 Versi Kenduri Dan Harian.

64367
Sebut sahaja resepi lontong, terbayang 3 benda utama iaitu nasi impit, sambal ikan bilis dan juga kuah lodeh lemak sedikit.Adui terliur dah. Jom buat .

Menjelang hari lebaran, ramailah teman-teman yang anjur rumah terbuka.Antara menu yang sesuai untuk para tetamu ialah resepi lontong Johor, satey,mee berkuah dan hidangan lain di samping kek dan kuih raya. Ada menu-menu camni, baru meriahkan rumah terbuka.

Sebut sahaja resepi lontong, terbayang 3 benda utama iaitu nasi impit, sambal ikan bilis dan juga kuah lodeh lemak sedikit kuning yang dimasak dengan pelbagai sayuran pilihan.

Apa itu lontong ?

Sebenarnya, lontong adalah seakan nasi impit iaitu beras yang dibalut dalam daun pisang dan dikukus.Itu ialah  lontong.Ianya popular di Indonesia dan Malaysia. Tapi mungkin kerana proses pembuatan yang renyeh dan peredaran zaman, nasi impit segera menggantikan lontong ini.

Jadi kalau sebut resepi lontong kuah lodeh boleh la anda faham dan jelas maksud sebenar perkataan ini kan.

Khas untuk anda, hari ini kami berikan dua versi resepi kuah lodeh. Satu dalam kuantiti yang banyak sesuai untuk kenduri atau untuk katering manakala versi satu lagi ialah untuk harian.

Versi 1 : Resepi Lontong Satu Tong Flask

Bahan Resepi Kuah Lodeh :

Kuantiti 1 tong flask ea .

  • 1 inci halia muda*
  • 5 inci kunyit hidup ( boleh juga serbuk kunyit )*
  • 2 inci lengkuas*
  • 3 biji bawang merah India saiz besar*
  • 1 genggam udang kering*
  • 1 labu kecil bawang putih*
  • 4 liter santan pekat
  • 2 liter air mineral
  • Garam,serbuk perasa,gula cukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan bertanda * dikisar

Bahan Sayur Kuah Lodeh :

  • 5 batang terung dipotongs serong
  • 20 biji tauhu dipotong 8 dan digoreng dulu
  • 6 ketul tempe potong nipis dan digoreng dulu
  • 3 pek kecil suuhun
  • 6 pek sayur pucuk
  • 1/2 kg kacang panjang potong serong
  • 6 batang lobak merah potong memanjang
  • 1 biji kubis besar potong halus

Rendam semalaman pucuk dan suuhun untuk mudah lembut.Cepatkan proses memasak.

Sebut sahaja resepi lontong, terbayang 3 benda utama iaitu nasi impit, sambal ikan bilis dan juga kuah lodeh lemak sedikit.Adui terliur dah. Jom buat .

Cara Buat Resepi Lontong Kuah Lodeh :

#1: Masukkan minyak dalam periuk dan panaskan. Barulah tumis bahan kisar hingga kekuningan dan naik bau. Baru tambahkan semua sayur-sayuran kecuali suhun, pucuk, tempe dan tauhu. Tumis bagi sayur layu sikit.

Tambahkan santan pekat dan dan air.Kalau rasa pekat lagi boleh tambah lagi air. Boleh besarkan seidikit paio dan biarkan mendidih. Dah mendidih, masukkan suuhun, tempe,pucuk dan tauhu. Masak hingga dua-dua ni empuk.

Perasakan ikut selera. Siap kuah lodeh.

Bahan Resepi Sambal Tumis Bilis :

  • 350 gram cili kering.Buang biji dan rebus lembut *
  • 1 1/2 biji bawang India saiz besar *
  • 1/2 sudu makan belacan *
  • 400-500 gram ikan bilis digoreng garing dan diketepikan.
  • 2 cawan minyak
  • 1 sudu makan asam jawa dan dicampur air jadi pes
  • Garam,serbuk perasa,gula secukupnya

Cara Penyediaan Sambal Ikan Bilis :

#1: Kisar bawang dengan belacan, lepas tu baru kisar cili kering. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar sehingga kekuningan.Baru tumis cili kering hingga pecah minyak berulang kali. Baru sedap. Kalau nak keluarkan lebihan minyak, masa ni lah keluarkan.

Tambahkan air asam jawa dan perasakan sambal dengan gram gula, serbuk perasa. Nak guna gula melaka pun boleh. Masak lagi sambal biar betul-betul masak. Baru sedap.

Dah masak tutup api, biarkan sejuk barulah masukkan ikan bilis goreng. Baru terasa rangupnya.

Rebus nasi impit dan siap sedia lontong kuah lodehuntuk dijamu kepada para tetamu yang datang berkunjung.

Versi 2 : Resepi Lontong 

Versi ini berbeza dengan yang atas kerana menggunakan serai dan tidak ditumis dengan minyak.Jadi anda boleh pilih yang mana sesuai dengan selera pilihan anda.

Bahan Resepi Kuah Lodeh :

Bahan Sayur Lodeh :

  • 1/4 kubis potong panjang
  • 1/3 ikat kacang panjang potong serong
  • 1 1/2 batang lobak merah potong panjang
  • 2 biji terung potong dadu
  • 4 biji tauhu digoreng dan potong dadu 8
  • 2 tempe digoreng dan potong nipis
  • 1 pek kecil suuhun yang direndam semalaman
  • 2 pek pucuk yang direndam semalaman

Bahan Kuah :

  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1/2 genggam udang kering rendam sekejap
  • 1/2 inci kunyit hidup ( boleh guna serbuk kunyit )
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai sederhana

Semua bahan ni dikisar

  • Garam gula serbuk perasa secukupnya
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air

Sebut sahaja resepi lontong, terbayang 3 benda utama iaitu nasi impit, sambal ikan bilis dan juga kuah lodeh lemak sedikit.Adui terliur dah. Jom buat .

Cara Penyediaan Resepi Lontong Johor :

#1: Masukkan bahan blender ke dalam 500ml air. Masukkan sekali lobak merah.Buka api dan biarkan mendidih. Baru tambahkan sayuran lain dan juga santan. Kalau nampak cair,suka pekat, tambah lagi santan ea.

Jaga api guna api sederhana untuk elak pecah minyak. Kacau dan bila sayur dah layu, masukkan pula, suhun,pucuk, tempe,tauhu hingga lembut. Perasakan ikut selera

Kalau anda nak masukkan sengkuang pun boleh tau. Terpulang. Rebus nasi impit lepas tu tos,potong ,rebus telur, sediakan sambal bilis dah boleh makan lontong ni. Sesuai kalau mengidam nak makan harian.

Sambal bilis boleh tengok resepinya kat sini. Istimewa kami berikan. Resepi Sambal Ikan Bilis Yang Tahan Lama Dan Kekal Rangup

Dah ada semua versi. Boleh la anda cuba sendiri keenakkan resepi lontong kuah lodeh nil Insyaallah berbaloi-baloi. Kalau anda nak tambah bahan lain yang selalu anda tambah, boleh je takde masalah. Asalkan sedap di tekak.hee.

Sebut sahaja resepi lontong, terbayang 3 benda utama iaitu nasi impit, sambal ikan bilis dan juga kuah lodeh lemak sedikit.Adui terliur dah. Jom buat .

Kalau anda nak letak lauk seperti ayam, udang atau daging pun boleh tiada masalah dalam kuah lodehnya. Boleh sebab yang makannya anda dan keluarga. Jadi tiada pantang larang.hee

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom