Kali ini kami nak beri resepi makaroni bakar cheese yang sedap sangat dengan campuran rasa pelbagai. Rasa pedas lada hitam dan keenakan lada capsicum,kekenyalan cheddar cheese yang diparut dan juga sos putih istimewa pada makaroni memang membangkitkan rasa.
Yang bestnya,bila anda buat sos putih resepi makaroni bakar ini, boleh simpan dan guna pada hidangan lasagna dan juga pasta. Jadi tiada masalah jika anda penggemar menu Western. Satu sos tapi boleh guna pada banyak hidangan.
Jika anda buat untuk dimakan ahli keluarga, boleh la parut cheddar cheese lebih sedikit, lepas tu kalau tak nak guna daging cincang, guna seafood iaitu udang yang dikupas kulitnya pun boleh. Nak tambah fish ball, hot dog, isi tiram atau isi ayam tiada masalah. Menarik kan.
BACA DILINK BARU : Resepi Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah best Sangat
Tak seperti lasagna yang anda kena rendam dulu,untuk resepi makaroni ni senang. Anda didihkan air sampai mendidih lepas tu rebus makaroni sehingga empuk tahap anda suka. Kalau kami suka 80-85% empuk je sebab bila bakar nanti dia akan masak lagi.
Bahan Resepi Makaroni Bakar Cheese Meleleh :
- 2 cawan makaroni di rebus dengan cara di atas
- 1 tin (150 gram ) sos spageti jenama Prego perisa tradisional
- Lada hitam Ajishio secukupnya
- 1 labu bawang Holland sebesar bola tenis – cincang halus
- 3 ulas bawang putih – cincang halus
- 200 gram daging cincang Ramly atau lauk pilihan
- 1/2 tin kecil cendawan potong dadu
- 1/2 batang lobak merah saiz besar potong dadu.
- 1/2 biji lada Capsicum potong dadu
- 3-4 sudu makan minyak masak ( minyak sawit/zaitun/jagung )
- Parutan cheedar cheese ikut selera
Cara Buat Resepi Makaroni Bakar Cheese Leleh :
#1: Panaskan 3 sudu makan minyak dan tumis bawang putih serta bawang ebsar yang didadu hingga betul-betul layu sebab nak rasai kemanisan bawang. Baru tambah masuk daging cincang dan juga lobak merah. Kacau sekejap tambah sedikit air untuk biarkan daging empuk. Masukkan pula cendawan, capsicum dan kacau sebati.
Tambah masuk sos prego,makaroni yang siap direbus dan ditoskan.Perasakan dengan garam secukupnya dan juga lada hitam. Dah siap, boleh susun dalam loyang bear atau bekas makanan aliuminium untuk dijual. Tinggal nak masukkan sos putih je kan.
Bahan Sos Putih Resepi Makaroni Bakar :
- 2 cawan susu segar
- 2 sudu makan tepung gandum
- 4 sudu makan butter
- Sedikit garam
#1: Masukkan dalam periuk semua bahan, kacau hingga gandum sebati baru buka api dan masak hingga berkrim. Tambah secubit garam ikut selera.
Baru tambah kan sos putih ke dalam makaroni yang berada dalam loyang tadi. Nak letak parutan cheese lebih ke, nak letak kepingan cheese ke tiada masalah. Ikut selera anda kan.Tabur daun oregano kering atau thyme keirng untuk aroma Western jika ada.
Panaskan oven dan bakar selama 20 minit dengan suhu 160’C guna api atas bawah. Dah siap dan sedia untuk dimakan makaroni bakar anda. Harum semerbak berkrim bau nya.
Selamat mencuba resepi makaroni bakar ni tau.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom