Resepi Makaroni Goreng Daging Menu Untuk Sarapan Lazat

152309
Kami beri resepi makaroni goreng yang sangat senang untuk anda sediakan sebagai menu sarapan dan bekal anak ke sekolah.Rasanya memang sedap betul. Cubalah

Bagi ibu yang bekerjaya dan punya anak masih bersekolah, mesti nak buat menu sarapan pagi terfikir-fikir kan. Apa kata cuba resepi makaroni goreng yang boleh anda cuba.Buat bekal ke sekolah dan tempat kerja.

Boleh la pelbagaikan selain daripada nasi goreng ke , roti bakar, mee dan mihun. Best la anak-anak dapat rasai variasi menu sarapan berbeza dalam seminggu kan.

Resepi makaroni goreng ni sangat mudah untuk disediakan tapi sangat sedap. Tak mudah muak seperti makaroni bakar cheese. Yelah kalau cheese, waktu panas-panas memang sedap tapi bila dah sejuk kurang sikit dan mudah muak.

Jadi kalau anak-anak nak bawa bekal dan makan pada waktu rehat, resepi makaroni goreng ni boleh anda sediakan tanpa risau takut basi dan sebagainnya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Marjerin Marble Bakar Dalam Periuk Biasa Sahaja. Takde Oven Takde Hal

Untuk lauk dalam resepi ni, anda boleh je guna apa yang ada dalam peti. Untuk kali ni , daging kisar jenama Ramly digunakan.

Terima kasih kepada Puan Danisha atas resepi makaroni goreng yang cukup-cukup membuka selera kita. Kalau anda nak buat 1/4 daripada kuantiti dibawah pun boleh. Sesuai untuk 2-3 orang makan.Sebab makaroni kan mengembang sedikit bila di didihkan.

Kami beri resepi makaroni goreng yang sangat senang untuk anda sediakan sebagai menu sarapan dan bekal anak ke sekolah.Rasanya memang sedap betul. Cubalah

Bahan Resepi Makaroni Goreng :

  • 400 gram makaroni
  • 400 gram daging kisar ramly
  • 5 batang sosej di potong bulat
  • 2 biji bawang holand saiz sederhana didadu
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 5-6 sudu makan  cili kisar
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 biji capsicum hijau,merah,kuning ..bagi meriah
  • 5-6 biji cendawan butang
  • 1 paket kecil sayur campur frozen
  • Sedikit brokoli hijau
  • Garam dan gula
  • Minyak masak

Bahan Hiasan ( Terpulang jika anda mahu ya ) :

  • Daun Persly
  • Daun Bawang
  • Serbuk Lada Hitam

Cara Penyediaan Resepi Makaroni Goreng Daging :

#1: Didihkan air dahulu dan rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak elak makaroni melekat.Ketepikan seketika. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

#2: Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata dan tunggu pecah minyak dengan api sederhana. Masukkan sos tomato,sos cili sos tiram,kiub ayam dan capsicum. Masukkan sedikit air. Masukkan daging kisar,sosej,cendawan dan brokoli kacau sehingga hampir masak.

Kami beri resepi makaroni goreng yang sangat senang untuk anda sediakan sebagai menu sarapan dan bekal anak ke sekolah.Rasanya memang sedap betul. Cubalah

#3: Masuk makaroni. Kacau hingga sekata.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan .Hias ikut selera masing2.Saya tabur dengan daun persly ,hirisan daun bawang, lada merah.hirisan sosej dan taburan serbuk lada hitam jika suka.

Sangat mudah ya untuk anda hasilkan resepi makaroni goreng ni.Selamat mencuba.