Resepi Manggo Cheesecake Tak Perlu Dibakar Tapi Sedap Tau

76667
Elok sangat la ada resepi manggo cheesecake ni.Senang buat tak perlu bakar tak perlu nak kukus semua.Letak dalam peti lepas tu makan.Aduh sedapnya

Artikel resepi manggo cheesecake ini adalah dari Puan Shim.Alahai , terliur la kan tengok manggo cheese cake yang sedap dan elok ni kan ? Ok , apa kata kita buat dan nikmati bersama keluarga yang tersayang. 

Jangan risau , kami akan berikan anda resepi manggo cheesecake ini penuh bersama dengan tips yang membolehkan anda berpuas hati dengan hasilnya.

Anda perlukan adalah loyang springform bersaiz 9 untuk mudah dikeluarkan manggo cheese cake ini.Loyang ini boleh dibuka kiri dan kanan.

Satu lagi tips adalah alaskan permukaan loyang dengan plastik. Kenapa ?

Untuk mudahkan anda tarik keluar manggo cheese cake yang telah siap. Resepi kek ini tak perlu anda bakar atau kukus ya. Hanya masukkan dalam peti semalaman dan yummy , manggo cheesecake siap untuk dinikmati dengan penuh rasa lazat. 

Kalau anda malas, potong dadu je mangga untuk letak di bahagian atas.Kalau rajin, boleh potong nipis dan bentuukan macam kelopak bunga. Yang mana anda rajin je. hee

BACA DI LINK BARU :Resepi Biskut Almond London Dengan Tips Coklat Tak Melekat Dan Sama Saiz

Bahan yang diperlukan untuk sediakan manggo cheesecake boleh dibahagikan kepada 3 bahagian ialah untuk tapak/base , filling yang penuh rasa cheese dan di atas sekali , ialah puri mangga. Gunakan mangga yang masak ranum ya . 

Bahan Resepi Manggo Cheesecake :

Bahan Tapak :

  • 200 gram biskut marie
  • 100 gram butter

Elok sangat la ada resepi manggo cheesecake ni.Senang buat tak perlu bakar tak perlu nak kukus semua.Letak dalam peti lepas tu makan.Aduh sedapnya

Bahan Filling Cheese :

  • 250 gram cream cheese
  • 60 gram gula kastor
  • 1/2 biji buah mangga dikisar
  • 1/2 biji lagi dipotong dadu
  • 200 ml uht whipping cream
  • 1 ½ sudu makan gelatin
  • 125 ml air suam

Bahan Puri Mangga :

  • 50 ml air suam
  • 1 sudu makan gelatin
  • 1 sudu makan gula
  • 1 biji buah mangga dipotong dadu/ikut pilihan

Gelatin tu boleh didapati di pasaraya dan ada mempunyai tanda halal . Ianya bertujuan sebagai agen pembekuan. 

Cara Penyediaan Resepi Manggo Cheesecake : 

#1: Cairkan butter dengan panaskan . Ketepikan. Ambil biskut marie , masukkan ke dalam plastik dan hancurkan. Tak kira anda nak tumbuk atau ramas . Pastikan ianya hancur elok. Selepas itu gaulkan dengan butter yang dicarikan.

Alaskan plastik di permukaan loyang springform saiz 9 tadi dan masukkan adunan sehingga membentuk tapak yang rata untuk manggo cheese cake kita nanti.

Tekan bagi padat dan masukkan ke dalam peti ais sekejap untuk dia mengeras. Dalam 10-15 minit. Di tempat biasa bukan di tempat ais ya

1

#2: Untuk filling cheese nya , bekas 1 : masukkan gelatin ke dalam air suam dan biarkan melarut di dalam bekas, ketepikan.

Bekas 2 : tambahkan whipping cream dan putar menggunakan hand mixer sehingga adunan kental serta sebati . Gunakan pada kelajuan sederhana sahaja. Ketepikan .

Bekas 3 : masukkan cream cheese bersama gula kastor. Putar sehingga berkrim elok dan masukkan  puri mangga. 

Cara buat puri mangga ialah kisar sebiji mangga tadi sehingga larut. Tambah air seadar gerakkan mesin je.

Ok jadi 3 bekas semuanya kan . Masa untuk gabungkan. Guna spatula je kacau ya. Masukkan whipping cream ke dalam adunan filling cheese dan kacau sebati. Selepas itu , baru tambahkan larutan gelatin dan kacau lagi . 

2

Masukkan adunan ke dalam loyang springform 9 inci . Tambahkan mangga yang didadu kecil tadi juga.Cucuk biarkan tenggelam. . Masukkan balik ke dalam peti ais sekitar 15-20 minit untuk manggo cheese cake kita mengeras sedikit. 

 

#3: Masa untuk membuat topping pula ya.  Masukkan gula ke dalam air suam , kacau sehingga larut dan tambahkan gelatin. Biarkan sehingga larut.

Kalau anda sangat rajin, susun hirisan mangga membentuk kelopa bunga atas cheesecake yang dikeluarkan balik dari peti ais atau potong dadu dan susun.Kalau nak cepat lagi, kisar je mangga jadikan puri dan campurkan dengan topping ni.

Keluarkan adunan dalam peti sejuk tadi , tuang topping ke atasnya . 

4

Pastikan topping menutupi seluruh permukaan manggo cheese cake ya . Selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman untuk ianya membeku elok . 

Untuk keluarkan dari loyang springform tadi, buka loyang dan tarik perlahan plastik yang dialaskan pada langkah awal tadi. Senangkan cara buat manggo cheese cake ini. Jadi apa lagi , anda memang wajib cuba . 

 

Sedapnya makan sejuk-sejuk manggo cheese cake ini. Selamat mencuba.