Jom kita buat resepi mango cheesecake yang begitu mempesonakan. Panjang lebar artikel resepi ini khas untuk anda mudah faham.
Rasa lembut dengan manis masam mangga memang sedap.Terima kasih kepada Tuan Mr.Ali di atas sumbangan resepi ini.
Artikel ini dibahagikan kepada beberapa part bagi memudahkan anda.
BACA DI LINK BARU : Kek Pisang Gebu Gebas Yang Mudah Untuk Anda Buat
Bahan Resepi Mango Cheesecake Sedap :
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Loyang 8 inci
- 170 gram digestive biscuit
- 70 gram butter
- 500 gram Creamcheese
- 100 gram gula aising
- 170 gram mangga yang dikisar halus
- 2 sudu kecil essen vanilla
- 400 gram dairy whipping cream+3 sudu makan gula aising
Lapisan atas/terakhir :
- 30 gram dairy whipping cream
- 120 gram puree mangga
Cara Buat Resepi Mango Cheesecake Best :
Lapisan pertama : Base Hancurkan 170 gram digestive biscuits + gaulkan bersama 70 gram butter yg dicairkan
Lapisan kedua: Mango Mousse
Pukul 500 gram cream cheese (pastikan cream cheese berada pada suhu bilik). Pukul dalam masa 2 minit sahaja.
Putar sehingga sebati ( jangan terlalu lama,bila nampak dah sebati,berhenti putar).Pada bekas yang lain pukul 400 gram whipping cream dairy + 3 sudu makan gula icing
Pukul whipping cream sehingga kental. rujuk tips pada post yang lepas untuk dapat whipping cream kental.
Dah kental, sebatikan adunan cheese + whipped cream tadi pakai tenik kaup balik. Kaup sampai sebati. (Jangan kaut lama-lama,dah sebati terus berhenti). Letakkan adunan mango mouse ke atas lapisan base kek. Setkan dalam chiller : 2 jam

Selesai proses tapisan,tuang adunan dibatas lapisan mango mouse.Setkan seharian didalam chiller.
Taraaa! kek dh siap.Boleh makan bersama keluarga.Tekstur cheesecake mango serius seperti aiskrim+rasa mangga yang asli.

Jika anda buat jualan untuk sebiji kek, anda wajib buat kek ini 2 hari lebih awal untuk penghantaran kepada pelanggan manakala untuk bekas sq450, boleh dibuat sehari sebelum penghantaran.
Untuk sq450, doublekan adunan lapisan base dan topping sahaja. (sq450 akan dapat 5 bekas)
Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>