Resepi Mee Bandung Kuah Pekat Dan Sedap 2 Versi Pilihan

1958
Kami bukan sahaja berikan resepi mee bandung yang sangat sedap dengan dua versi tapi juga tips untuk pekatkan kuah mee bandung.,Baru seronok hirup kuahnya.

Sebut sahaja resepi mee bandung, terus terbayang keenakan mee dalam kuah sedikti pekat beserta kemanisan udang dan juga telur goyang yang kuningnya separuh mencair.Memang sangat membuka selera kan.

Antara mee bandung yang popular seringkali menjadi tumpuan orang antaranya ialah mee bandung muar.Saya pernah sekali pergi ke sana dan makan.Kuahnya tidak lah terlalu pekat dan tidak terlalu cair serta dihidangkan di dalam pinggan kaca. Jika anda berkesempatan pergi ke Muar, boleh la mencubanya.

Hari ini kami akan beri dua versi resepi mee bandung yang sangat sedap .Satu versi untuk dimakan seorang dan satu lagi versi untuk dimasak untuk hidangan keluarga.

BACA DI LINK BARU: Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap dan Mudah Untuk Anda Cuba

Antara tips untuk jadikan resepi mee bandung bertambah sedap adalah, anda boleh pekatkan kuah menggunakan ubi keledek oren yang telah direbus dan blend.Masukkan dalam kuah.Memang sedap aromanya.Kalau tiada ubi keledek, bancuh sedikit tepung jagung.

Mee bandung mesti terasa air rebusan daging atau tulang.Baru best hirup kuahnya.Terasa manis dan aroma daging semulajadi.

Untuk buat telur goyang,pastikan kuah mee bandung telah mendidih baru masukkan telur yang dipecahkan terlebih dahulu dalam mangkuk.Cukup 2-3 minit dan boleh la diangkat. Sebab itu telur dimasukkan last sekali dalam proses masak mee ini.

Kami bukan sahaja berikan resepi mee bandung yang sangat sedap dengan dua versi tapi juga tips untuk pekatkan kuah mee bandung.,Baru seronok hirup kuahnya.

Versi 1 untuk seorang makan .

Bahan Resepi Mee Bandung Original :

  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 mangkuk air rebusan daging
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 biji bawang besar *
  • 1 sudu teh udang kering *
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • Daging/udang ikut pilihan
  • Sayur pilihan – sawi, hirisan cili,putik jagung
  • 1 sudu teh tepung jagung dan dibancuh ( boleh gunakan ubi keledek lagi sedap dalam anggaran 1 sudu makan )
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara Buat Resepi Mee Bandung Lazat :

#1: Tumis bahan kisar hingga wangi, baru masukkan cili kering kisar dan kacau hingga terbit minyak sedikit.Tambahkan air rebusan daging bersama sos cili, sos tiram dan bancuhan tepung jagung tadi atau ubi keledek.Buka api besar dan biarkan mendidih.

#2: Masukkan lauk pilihan dan biarkan masak.Barulah masukkan mee yang sudah dibasuh bersama sayur dan juga telur.Sesuaiakan rasa dan biarkan masak 2-3 minit. Siap. Hidangkan dan tabur daun bawang sedikit bersama bawang goreng.Makan bersama hirisan cili potong atau jeruk.Terbaik rasa pekat mee bandung ni.

Kami bukan sahaja berikan resepi mee bandung yang sangat sedap dengan dua versi tapi juga tips untuk pekatkan kuah mee bandung.,Baru seronok hirup kuahnya.

Versi 2 ini pula sesuai untuk anda buat untuk dimakan bersama seluruh ahli keluarga. Cuma kuah dan mee diasingkan.Nak makan  baru campur.Jadi anda basuh dan tos kan mee kuning serta celurkan sekejap dalam air panas dalam 1-2 minit.Angkat dan toskan.

Bahan Resepi Mee Bandung Hidangan Keluarga : 

Bahan Kisar :

  • 2 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan udang kering

Bahan Lain :

  • 3 sudu makan cili sos
  • 3 sudu makan  tomato sos
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 senduk cili blender
  • 2 sudu makan kacang tanah yang disangai dan dikisar hancur
  • 2 liter air rebusan tulang lembu
  • 1 kg tulang lembu yang siap direbus
  • Lauk pilihan – daging,ayam,sotong atau udang
  • Sayur pilihan – sawi,lobak merah,putik jagung
  • Fish ball,fish cake jika mahu
  • 2 biji telur
  • Garam gula serbuk perasa

Kami bukan sahaja berikan resepi mee bandung yang sangat sedap dengan dua versi tapi juga tips untuk pekatkan kuah mee bandung.,Baru seronok hirup kuahnya.

Cara Penyediaan Mee Bandung Muar : 

#1: Tumis bahan kisar  sehingga pecah minyak.Guna kuali ya untuk senang dan lagi sedap.Masukkan cili kisar dan  tumis hingga pecah minyak.Baru masukkan kacang tanah,sos cili,tomato sos,sos tiram.Kacau sebati.

#2: Masukkan tulang lembu yang direbus empuk bersama air rebusan tulang sekali tadi dan biarkan kuah mendidih baru masukkan lauk pilihan  lain. Tambah fish ball,fish cake,sayur pilihan.Sesuaikan rasa.

#3: Pecahkan telur dan biarkan 1 minit sebelum dikacau. Siap tutup api. Nak makan masukkan mee dalam mangkok , tambahkan kuah , bawang goreng dan daun bawang.

Sedap hirupnya. Nak best lagi hiris cili api or cili merah besar dan dicampurkan sedikit cuka bersama kicap cair.

Jadi anda dah dapat resepi mee bandung 2 versi pilihan kan.Jangan lupa buat dan rasakan sendiri kenakkannya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom