Resepi Mee Celup Thai Yang Sama Dijual Di Kedai.Sangat Sedap

11419
Sedapnya kalau makan mee celup atau bihun celup kan. Lain rasa dia dengan mee sup. Jom cuba buat resepi mee celup thai yang best ni. Kena sekali memang terus nak hirup lagi kuahnya.

Pernah tak bila kita makan di kedai-kedai tomyam, rasa mee celup di situ sangat sedap. Berlainan dengan rasa mee sup atau mee rebus. Kalau diikutkan , hidangan mee celup, bihun celup , maggi celup popular di Pantai Timur dan menggunakan kuah yang sama.

Kuah untuk mee celup dan lain-lain biasanya bewarna coklat muda hasil dari rebusan daging atau tulang lembu, isi ayam, organ dalaman perut seperti perut muda, perut tebal dan limpa.Kesemuanya direbus dalam air rebusan yang sama dan dalam tempoh masa yang panjang untuk keluarkan jus daging.

Beza mee celup dengan mee sup adalah ianya tidak dimasak.Mee atau bihun dicelur bersama-sama sayur tauge atau kangkung lebih kurang seminit dan diperisakan dengan bahan pelengkap seperti garam, gula, hirisan limau nipis,,serbuk lada, lobak putih asin, kacang tumbuk, air lada ,bebola daging,so hu goreng minyak bawang putih dan ikan bilis goreng.

BACA DI LINK BARU : Resepi Mee Goreng Mamak Istimewa Dengan Pes Lazat

Ini yang biasa disajikan  di kedai. Kali ni kami nak berikan resepi penuh mee celup ni bermula daripada kuah hinggalah kepada bahan lengkap.

Anda boleh guna :

  • mee – basuh bersih-bersih dan sejat airnya
  • bihun – direndam dengan air panas sehingga lembut
  • mee maggi
  • Kuew tiaw – basuh bersih-bersih dan sejat airnya
  • Bubur nasi

Resepi Bubur Nasi 

  • 1 cawan beras
  • 3-5 gelas air

#1: Kisar kasar dan masak dengan api sederhana besar hingga mendidih.Kecilkan api dan kacau hingga masak.Air masukkan dulu 3 gelas baru tambah selepas mendidih sikit sikit ikut tahap kepekatan yang dimahukan.

Sedapnya kalau makan mee celup atau bihun celup kan. Lain rasa dia dengan mee sup. Jom cuba buat resepi mee celup thai yang best ni. Kena sekali memang terus nak hirup lagi kuahnya.

Bahan-bahan dan cara penyediaan  mee celup thai : 

Bahan Air Rebusan Tulang:

  • 2 liter air
  • 1 kg tulang lembu/daging/ayam
  • 1 serai diketuk
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang akar ketumbar
  • 1 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 1 kayu manis 
  • 1 sup bunjut 
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 cengkih 
  • 3 sudu makan kicap pekat jalen

#1: Ketuk bawang putih,serai,halia,lengkuas,masukkan semua bahan dan masak 40 minit guna pressure cooker / 2 jam atas dapur api kecil .

#2: Bila dah masak,keluarkan semua bahan di atas untuk elakkan mengganggu kuah bila lama sedikit kecuali tulang dan perasakan dengan 1 sudu teh serbuk lada sulah , 1 susu teh serbuk lada hitam ,1/2 sdm garam dan secubit gula atau mengikut rasa.Lebihkan masin sedikit ya.

Sedapnya kalau makan mee celup atau bihun celup kan. Lain rasa dia dengan mee sup. Jom cuba buat resepi mee celup thai yang best ni. Kena sekali memang terus nak hirup lagi kuahnya.

Bahan-bahan sayur untuk mee celup : 

  • Taugeh
  • Kangkung

#1: Taugeh tak perlu potong.Basuh bersih kangkung dan potong pendek-pendek.Bila nak makan baru celur dengan air panas sekali dengan mee.

Bahan pelengkap mee celup:

  • Sambal air lada – (blend cabai,bwg putih 1ulas,cuka,garam,gula)
  • Lobak putih asin – beli siap
  • Ikan bilis goreng – buat sendiri
  • Bawang goreng – buat sendiri lagi best
  • Lada jeruk – ( cuka,lada besar hijau siam,garam,gula)
  • Serbuk lada keping – beli siap
  • Kacang tumbuk – beli siap
  • Kicap – tambah dengan hirisan lada
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • So hun goreng – buat sendiri
  • Asam limau
  • Minyak bawang putih

Sedapnya kalau makan mee celup atau bihun celup kan. Lain rasa dia dengan mee sup. Jom cuba buat resepi mee celup thai yang best ni. Kena sekali memang terus nak hirup lagi kuahnya.

Cara membuat minyak bawang putih :

#1: 2 labu bawang putih basuh bersihbersama kulit ye,jgn kopek kulitnya.tumbuk separuh lumat,panaskan minyak 2 mangkuk dan tumis jgn sampai garing tau,hanya bagi bau wangi dan  bila bawang dh kekuningan matikn api.

Nanti bawang akan jadi lagi garing,kalau tggu garing baru matikan api nanti sejuk bawang akan sedikit garing dan rasa nya akan pahit tak sedap.Minyak bwg putih ni nanti blh simpan lama.

Boleh pilih kombinasi rasa di atas untuk rasa mee celup yang betul-betul sama seperti di kedai dan sangat sedap bila gandingkan bersama.Takpe tak lengkap pun.Letak 1 sudu kfc / sikit-sikit je setiap bahan tapi rasa nya sangat menyelerakan.

Kena semangkuk mee celup ni tak cukup rasanya.Boleh la anda mencuba resepi best ni ya.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom