Pernah tak anda teringin mencuba resepi mee goreng basah, tapi bila buat dan cuba di rumah, hasilnya tidak seperti yang diinginkan ? Tapi nasib baiklah anda melawat laman web kami kerana bukan sahaja resepi tapi juga tips diberikan khas untuk anda.
Pertama sekali adalah tips memilih mee kuning.Kenapa penting ? Sebab ada penjual mee kuning yang menggunakan kapur terlalu banyak sehingga mee jadi pahit dan pewarna serta pengawet berlebihan.Seeloknya pilih mee kuning yang bewarna pucat dan yang jenis disediakan segar.Bila ianya segar tanpa pengawet, tarikh luput juga menjadi singkat.Tapi rasa mee memang best tak pahit.
Untuk bahan resepi mee goreng basah sedap ni ,anda boleh masukkan lauk seafood seperti sotong,udang atau isi kerang.Lauk lain pun tak jadi masalah seperti isi ayam dan daging. Sayur yang sesuai untuk mee goreng semestinya sawi dan sedikit hirisan tomato,cili.
Yang penting sekali dalam masak resepi mee goreng basah adalah penggunaan kicap mee dan juga kicap pekat.Ianya berlainan dengan kicap pekat manis atau kicap lemak masin.Kalau kicap pekat, ianya betul pekat melikat.
BACA DI LINK BARU: Resepi Sambal Belacan Powerrr Yang Patut Anda Ada Dalam Peti Ais
Anda boleh dapatkan kedua jenis kicap ini di pasaraya seperti Tesco dan juga NSK.Ianya memang tertulis kicap mee dan kicap pekat .Jenama pilihan saya adalah dari Jalen, Abc dan Tamin.
Satu lagi tips masak mee goreng basah sedap ini, jangan berlebihan masukkan sesuatu sos dan tak perlu dah tambah garam,gula serta serbuk perasa sebab hasil daripada campuran sos cili,tomato,tiram serta kicap mee sudah cukup sempurna.
Terima kasih kepada Puan Huda Yaacob di atas sumbangan resepi mee pada hari ini.
Bahan Resepi Mee Goreng Basah Sedap :
Kuantiti resepi untuk 1 bungkus – 1 1/2 bungkus mee kuning
- 1 bungkus Mee kuning dibilasa dan ditos untuk buang rasa kapur
- 8-10 ekor sotong dihiris serta bersihkan buang dakwat
- 1 paket fishball,fish cake jika mahu
- 1 ikat sawi
- 1 biji tomato dihiris 6 bahagian
- 2 cili merah besar dihiris
- 4 sudu makan penuh cili kisar
- 5 sudu makan penuh sos cili
- 1 sudu makan penuh sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan kicap pekat
- 5 sudu mkan kicap manis
- 2 sudu makan kicap mee
- 1 cawan air mineral
- 2 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk Untuk Ditumis :
- 6-10 biji cili api – bergantung kepada tahap kepedasan anda mahu
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah saiz 50 sen lama
Tumbuk lumat semua bahan ini.
Bahan Hiasan :
- Hirisan daun bawang
- Bawang goreng
- Sambal belacan/hirisan cili jeruk
Cara Buat Resepi Mee Goreng Basah Terangkat :
#1: Panaskan kuali dan masukkan minyak sehingga panas.Barulah tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau dan kekuningan.Tambah cili kisar dan kacau hingga pecah minyak dengan api sederhana.Rahsia buat resepi mee goreng basah adalah di sini.Biar je cili kisar pecah minyak banyak sikit.
Barulah masukkan air,sos cili,sos tiram,sos ikan, kicap pekat,kicap mee, kicap lemak manis serta lauk pilihan anda sotong atau ayam.Kacau sebati dan tunggu sos serta lauk semua masak dan mulai mendidih kecil.
#2: Masukkan mee kuning yang sudah dibilas tadi bersama sayur sawi,tomato dan juga hirisan cili. Kacau perlahan supaya mee tidak mudah putus.Api hanya sederhana ya. Jangan api besar nanti kuah mee goreng basah mulai hangit.
Bila sayur dah layu , bolehlah tutup api.Resepi mee goreng basah ni memang best dilayan bersama hirisan daun bawang, cili jeruk dan bawang goreng.Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom