
Salam kepada pengunjung warga dari dapaur . com . Sesiapa yang teringin mahu makan mee goreng ? Lepas ini bolehlah buat sendiri apabila dah baca Resepi Mee Goreng Mamak Istimewa Dengan Pes Lazat .
Bahan yang digunakan adalah mudah dan boleh didapati di mana – mana pasaraya . Pes yang sedap semestinya menghasilkan mee goreng yang penuh rasa. Jom kita lihat resepi dan bahan – bahan yang diperlukan.
Bahan – Bahan Resepi Mee Goreng Mamak Istimewa Dengan Pes Lazat
Pes mee goreng ala mamak ( boleh disimpan di dalam peti )
6 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
2 genggam lada kering (lada saya ni kurang pedas) nak tau lada kering ni pedas atau tidak tengok pada kerintingnya lada tu*
1/2 cawan sos cili/tomato 1/2 cawan kicap @ secukupnya tak perlu hitam sangat sambalnya
garam, isi terakhir sekali..sbb kiub ayam dah ada garam
4 sudu besar gula (di masukkan selepas tumis bawang n lada)
2 stok kiub ayam
1/3 cawan minyak masak
Cara penyediaan pes goreng ala mamak
Pertama , kisar bahan bertanda sehingga hancur – guna sedikit air
Kedua , panaskan minyak dlm kuali. Masukkan bahan bertanda * . Tumis sehingga kering dan pecah minyak , masukkan gula , kicap , sos cili/tomato , kiub ayam .Tumis lagi sehingga agak pekat dan sambal menjadi agak gelap.
Ketiga , tutup kuali ngan penutup disebababkan sambal mudah terpercik keluar. Buka api dapur
sederhana sahaja..
Tips : sambal ni masak nya agak lama . Lagi lama lagi sedap tapi kene kacau sentiasa ye takut hangus di bawah. Perasakan sehingga ok . Jangan letak garam atau letak amat sedikit sahaja . Sambal ni tak la masin sangat . Simpan dlm bekas tertutup tuk kegunaan lain.
Resepi Mee Goreng Mamak Istimewa Dengan Pes Lazat ( UNTUK 1 ORANG )
segenggam lebih mee kuning
kobis , tauhu goreng yang di potong nipis
tauge
sawi dipotong halus
telor 1 biji
isi ayam dipotong dadu dan sotong
Cara – cara Resepi Mee Goreng Mamak Istimewa Dengan Pes Lazat
Pertama , panaskan kuali dan masukkan 2 @ 3 sudu minyak masak . Selepas minyak panas , masukkan 1 1/2 – 2 senduk pes mee goreng . Masukkan sotong , ayam sehingga masak .
Kedua , masukkan sayur kobis dan sawi . Perasakan dengan sedikit garam / perasa .
Ketiga , masukkan mee . Kacau semua dan buat lubang ditengah kuali . Masukkan 1 biji telor .
Biarkan sebentar dan kacau telor tu (biar separa masak) bersama dengan mee / Gunakan dua sudip untuk senang menggaul. Akhir sekali, masukkan tauge, gaul sebati dan terus angkat
*boleh dihiaskan dengan cili potong, taburan bawang goreng dan daun bawang dan limau nipis
Memang terbaik resepi mee goreng ni . Gambar dan resepi ini diambil daripada Puan Tahrunnisah Jali. Terima kasih kepada Puan Tahrunnisah Jali atas keizinan kepada pihak kami berkongsi gambar dan Resepi Mee Goreng Mamak Istimewa Dengan Pes Lazat . Semoga bermanfaat untuk kami sendiri dan anda juga .
Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :
Resepi Cucur Udang Rangup
Resepi Kuih Cakoi Lembut
Resepi Kuih Apam Puteri
Resepi Mudah Kuih Cara Manis
Resepi Kuih Bingka Susu
Resepi Kuih Lompang Pandan
Resepi Curry Puff Lazat
Resepi Kuih Bom Kacang
Resepi Kuih Talam Suji
Resepi Kuih Talam Lapis Pulut Hitam
Resepi Kuih Talam Keladi
serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.
Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .
Jangan lupa berkongsi gambar hasil resepi yang akak buat di inbox Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding
Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone – klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel