Resepi Mee Hailam Yang Perlu Anda Cuba Untuk Penggemar Mee

948
Buat penggemar mee kuning, apa kata cuba resepi mee hailam yang sangat sedap ni.Dengan kuah mee yang tidak terlalu pekat dan penuh dengan sayuran , cendawan dan lauk pauk, memang betul-betul best resepi mee hailam ni

Salah satu bahan masak yang banyak kegunaannya pastilah mee kuning.Sebut sahaja menu mee hailam, mee goreng basah, mee goreng mamak, mee sup, mee tomyam,aduh,semuanya sedap dan guna mee kuning saja tau.

Untuk kali ni kami nak berikan resepi mee hailam special gitu.Apa yang specialnya? Tengok je lah gambar di atas dan di bawah ni.Memang penuh dengan lauk je kan.heee.Sengaja kami letak banyak isi kerang sebab mengidam nak makan.

Buat penggemar mee kuning, apa kata cuba resepi mee hailam yang sangat sedap ni.Dengan kuah mee yang tidak terlalu pekat dan penuh dengan sayuran , cendawan dan lauk pauk, memang betul-betul best resepi mee hailam niAsalnya nak letak kupang dalam  mee hailam ni, tapi sebab malas bersesak dalam jem dan hanya pergi ke Mydin sahaja,stok kupang tiada di sana.Hanya ada isi kerang yang sudah siap dikopek.Itu pun sedap kan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Mee Goreng Mamak Istimewa Dengan Pes Lazat

Bagi kami, mee hailam yang sedap pastinya ada cukup bahannya atau kami panggil, cukup sampah sarapnya.Sayur utama mestilah kena ada sawi,cendawan butang dan lobak merah.Ini antara yang wajib la bagi kami.Untuk lauk pula terpulang.Sama ada nak letak seafood ( udang,sotong,kerang ) , isi ayam atau daging.Terpulang.

Tips buat mee hailam ni mestilah kena rendam mee kuninhg betul-betul untuk elakkan rasa kapur.Jangan rendam terlalu lama nanti kembang dibuatnya mee kuning tu.Jadi basuh bersih dan toskan.Pilih mee kuning segar yang dijual di pasar.Penggunaan kapur nya kurang.

Buat penggemar mee kuning, apa kata cuba resepi mee hailam yang sangat sedap ni.Dengan kuah mee yang tidak terlalu pekat dan penuh dengan sayuran , cendawan dan lauk pauk, memang betul-betul best resepi mee hailam ni

Jom tengok bahan-bahan untuk mee hailam special ni :
Kuantiti resepi ini adalah untuk satu paket mee kuning dengan berat 400 gram dan sesuai dimakan untuk 3-4 orang.

  • 400 gram mee kuning
  • 1 1/3 cawan air rebusan lauk pauk
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 10-15 biji lada hitam
  • 50 ml kicap manis jenama kesukaan anda
  • 30 ml kicap masin cair
  • 1 sudu makan  tepung jagung untuk pekatkan kuah
  • 1 sudu teh serbuk cukup rasa

Untuk sayur-sayuran :

  • 6 biji cendawang butang
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 batang saderi
  • 1/2 tomato merah
  • 1/3 lobak merah
  • Sayur sawi

Untuk lauk pula ( terpulang nak guna apa jenis ) :

  • Isi kerang
  • Isi dada ayam
  • 2 fish cake

Bahan tumis : 

  • 2 ulas besar bwg putih *
  • 1/2inci halia muda *
  • 3 sudu makan minyak

Buat penggemar mee kuning, apa kata cuba resepi mee hailam yang sangat sedap ni.Dengan kuah mee yang tidak terlalu pekat dan penuh dengan sayuran , cendawan dan lauk pauk, memang betul-betul best resepi mee hailam ni

Cara buat mee hailam special ni :

#1: Rebus kosong lauk pilihan dlu iaitu isi kerang dan ayam.Tak perlu letakkan apa-apa. Air rebusan jangan  di buang.Ambil 1 1/3 cawan ya.Sementara merebus, ketuk n cincang bawang putih bersama halia muda.Tumbuk kasar juga biji lada hitam.

#2: Panaskan minyak dan tumis naik bau bahan cincang.Letak air rebusan,lada hitam yang telah ditumbuk .Masukkan lobak merah,cili merah,batang saderi.Masak hingga empuk.Selepas itu masukkan lauk iaitu isi kerang,isi dada ayam,sos tiram,kicap manis,kicap cair mengikut sukatan di atas.

Buat penggemar mee kuning, apa kata cuba resepi mee hailam yang sangat sedap ni.Dengan kuah mee yang tidak terlalu pekat dan penuh dengan sayuran , cendawan dan lauk pauk, memang betul-betul best resepi mee hailam ni

#3: Bila dah bersalut elok semua rasa,tambah tepung jagung.Tak perlu banyak nanti terlalu pekat.Cukup seperti sukatan di atas.Tambahkan serbuk cukup rasa.Garam tak perlu sebab kita dah guna kicap cair.Terus masukkan mee kuning,fish cake dan sayur sawi.Gaul rata .Jangan terlalu ganas nanti hancur mee hailam kita.

Mee hailam dah siap,terus buat cili potong bersama kicap masin cair.Senang ja.Dah boleh dimakan.Selamat mencuba resepi mee yang sedap ni tau.

Buat penggemar mee kuning, apa kata cuba resepi mee hailam yang sangat sedap ni.Dengan kuah mee yang tidak terlalu pekat dan penuh dengan sayuran , cendawan dan lauk pauk, memang betul-betul best resepi mee hailam ni

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom