Resepi Mee Jawa Daging Yang Sangat Menyelerakan

28997
Nak makan mee jawa sedap ni mestilah kena ada telur rebus, hirisan tauhu goreng bersama hirisan cili. Kena lak dengan daging, aduh begitu menyelerakan mee jawa ni. Kuah lak pekat sedikit dengan bancuhan tepung.

Sebut sahaja mee,terus terbayang pelbagai menu di dalam kepala ni.Mee jawa,mee rebus,mee goreng basah,mee bandung.

Haishhhh.semuanya sedap kan.

Seeloknya dalam pemilihan mee,beli yang warnanya pucat sebab tak guna pewarna dan juga kapur yang kurang.Kalau terbel mee yang gunakan kapur banyak,mee terasa pahit walau dicuci bersih.

Kami nak berikan resepi mee jawa daging hasil air tangan Puan Adinda Dona untuk dikongsi bersama.

Bila sebut resepi mee jawa,untuk daptkan hasil yang sedap mestilah kena guna tulang.

Kenapa?

Sebab air rebusan tulang membantu kuah mee jawa semakin berperasa dan pekat.Guna lak tulang kaki atau dikenali dgn gearbox.Aduh!ini boleh berkecamuk seleranya.hee

BACA DI LINK BARU : Resepi Mee Hailam Yang Perlu Anda Cuba Untuk Penggemar Mee

Apa beza mee jawa dengan mee rebus ?

Tiada banyak perbezaan cuma mee jawa lebih menggunakan ubi keledek tetapi kedua-dua nya berasal dari keluarga besar mee rebus.Cuma bila divariasi,namanya pun menjadi berlainan.

Ini disebabkan oleh bangsa dan tempat asal .Contoh paling dekat bila kita makan mee rebus Melayu dan Mamak.Walau sama-sama mee rebus tp bahan-bahan berbeza.So tak penting pun kan.Asalkan sedap perut telan.hee

Sama juga macam mee jawa.Ada yang guna ubi keledek rebus sebagi agen pemekat kuah.Ada pula cakap kena guna kacang tanah kisar,yang tu lak kena guna cili giling dan rempah.Selagi tekak anda rasa sedap,buh la apa nak buh sebab anda dan family yang nak makan kan.hee

Bahan-bahan untuk resepi kuah mee jawa :

  • 1 kilogram campuran daging bersama tulang.Direbus 2-3 jam hingga empuk bersama 2 liter air pada api kecil.Air rebusan disimpan
  • 700 gram ubi keledek oren.Rebus hingga empuk dan kisar halus
  • 5 sudu makan serbuk kari daging ayam jenama Adabi
  • 4 sudu makan minyak
  • Rempah 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang,biji cengkih,buah pelaga )
  • 4-5 sudu makan gula ( bergantung pada tahap anda nak )
  • Sedikit garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih
  • Sedikit kicap untuk naikkan warna
  • 3-4 bungkus mee kuning dibersihkan dan tos
  • 1 sudu makan tepung jagung dan dibancuh dengan 3 sudu makan air

Bahan Kisar :

  • 5 biji bawang merah saiz 50 sen lama
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 genggam udang kering
  • 1 sudu  teh campuran ketumbar ,jintan manis dan jintan putih

Bahan Sampingan :

  • Daun sup dan daun bawang
  • Telur rebus
  • Hirisan cili merah
  • Bawang goreng
  • Tauhu goreng
  • Daging hasil rebusan tadi

Nak makan mee jawa sedap ni mestilah kena ada telur rebus, hirisan tauhu goreng bersama hirisan cili. Kena lak dengan daging, aduh begitu menyelerakan mee jawa ni. Kuah lak pekat sedikit dengan bancuhan tepung.

Cara-cara penyediaan kuah mee jawa sedap ini :

#1: Tumis rempah 4 sekawan tadi dalam minyak yang dipanaskan sehingga naik bau.Barulah dimasukkan bahan kisar.Kacau hingga masak dan naik bau barulah dimasukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.Gunakan api perlahan ya.Kacau sebati

#2: Masukkan 1 cawan air rebusan tadi untuk bagi rempah masak elok. Tunggu hingga pecah minyak barulah dimasukkan keledek yang siap dikisar bersama baki keseluruhan air rebusan daging dan tulang.

#3: Masak dengan api sederhana sehingga kuah mee jawa mendidih,baru perasakan dengan garam gula serbuk perasa dan serbuk lada putih.Untuk cantikkan kuah,tambahkan pula lebih kurang 1 sudu makan kicap.

#4: Dah semua rasa mee jawa menjadi sebati dan sedap, barulah dimasukkan bancuhan tepung jagung sebagai agen untuk pekatkan kuah mee jawa tu. Baru umpph makanya.

#5: Sambil menuggu kuah masak, boleh la dihiris dan menyediakan bahan sampingan mee .

Nak makan baru masukkan mee bersama bahan-bahan dan dituang kuahnya .Terbaik.Selamat mencuba ya.

Nak makan mee jawa sedap ni mestilah kena ada telur rebus, hirisan tauhu goreng bersama hirisan cili. Kena lak dengan daging, aduh begitu menyelerakan mee jawa ni. Kuah lak pekat sedikit dengan bancuhan tepung.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom