Kami nak kongsikan resepi mee kari sedap chinese style. Menu ini sesuai untuk anda yang mahu rasa mee kari yang ringan. Apa yang penting, perlu ada tauhu kering, fishball dan seangkatan dengannya.
Kalau anda suka rasa mee kari yang betul-betul mee kari, boleh baca di artikel ini. Kami dah update sebelum ini.
BACA DI LINK BARU : Resepi Mee Kari Resepi Istimewa Penuh Tips Untuk Sedapkan Kuah
Walaupun kedua-dua ini adalah mee kari, tapi ianya sangat berbeza dari segi rasa dan style. Jadi boleh la buat mengikut tekak anda nak makan yang mana dulu.
Terima kasih kepada Cik Puan Julieta di atas sumbangan resepi mee kari sedap ni. Memang best sangat nampak bila dah siap. Boleh la kami semua mencuba resepi mee di lain masa.
Bahan Resepi Mee Kari Sedap Chine Style :
- 2 biji bawang merah besar lagi besar dari saiz bola pingpong – kisar
- 3 ulas bawang putih saiz sederhana – kisar
- 2 biji bawang merah saiz 50 sen lama – kisar
- 2 batang serai – diketuk
- 50 gram serbuk kari daging
- 1 mangkuk kecil cili kisar
- 1/2 ekor ayam (potong kecil)
- 1 mangkuk besar santan sederhana pekat
- Air
- Tauhu kering
- Fish cake / Fish Ball
- 1 keping asam gelugor
Bahan Hiasan /Sayur Mee Kari :
- Telur rebus
- Taugeh – celur
- Sawi – celur
- Limau Nipis.
- Kacang Panjang celur
Bahan Resepi Sambal Mee Kari Sedap :
1 genggam cili kering direbus dan buang biji. Kisar bersama 1 biji bawang merah besar dan tumis hingga pecah minyak. Letakkan sedikit garam dan gula.
Cara Buat Resepi Mee Kari Sedap Chinese Style :
#1: Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai yang diketuk dan tumis hingga wangi. Barulah tumis lagi bahan kisar hingga wangi dan warna bertukar menjadi kekuningan.
Masukkan pula rempah kari yang dicampur dengan 1 mangkuk kecil cili kisar. Tumis hingga pecah minyak 1-2 kali dengan api kecil. Masukkan pula isi ayam yang dipotong kecil.Tutup periuk dan biarkan ayam separuh masuk barulah masukkan santan sederhana pekat 1 mangkuk kecil dan asam keping.
#2: Tambah air sedikit sesuai dengan jumlah kuah yang hendak dihasilkan. Bila kuah mee kari dah mendidih, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering.
Dah siap bahagian kuah mee kari. Sementara masak kuah tadi, boleh la anda sediakan bahan sambal mee kari dan juga telur, sayur-sayur celur.
Memang senang nak buat resepi mee kari sedap chinese style ni.
Boleh la cuba kan. Kalau nak letak isi kerang pun boleh.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom