Resepi Mee Kicap Ipoh Best Dan Mudah. Boleh Buat Sendiri Lepas Ni

88024
Sedap pula makan resepi mee kicap ni. Lengkap dengan sayur, bawang putih rangup, lauk , bebola ikan. Aduhai. Boleh buat sendiri di rumah. Senang sangat ni.

Hari ini kami kongsikan resepi mee kicap chinese style yang sangat mudah untuk disediakan malahan sangat sedap. Biasalah kalau buat sendiri, lauknya lebih istimewa dan pelbagai sayur ditambah mengikut selera kan. Tak lah ringkas macam yang dijual di kedai ni.

Kalau dijual di kedai-kedai, resepi mee kicap wantan pun ada dihidangkan. Senang je, diletakkan wantan. Dalam tu ada isi udang ataupun isi daging yang dicampur dengan sayur-sayuran sebelum dikukus. Pengukus tradisional rotan biasanya yang digunakan. Lebih sedap.
Tapi kalau anda di rumah dan hanya buat sorang, tak sempat nak buat itu ini, cukup dah dengan apa yang kami sertakan ni. Berlaukkan ayam, sup bebola ikan dan bawang putih rangup serta potongan cili kicap, dah cukup istimewa dah. Boleh lawan resepi mee kicap ipoh ni dah kan.
Terima kasih kepada Puan Cik Lyns Kitchen atas sumbangan resepi mee kicap chinese style yang sangat mudah dan sedap ini. Boleh la kami semua mencubanya.

Bahan Resepi Mee Kicap Ipoh :

Resepi Mee :

  • 500 gm mee kuning atau yee mee

Yee mee di celur dan tos. Ketepikan.

Bahan Resepi Kuah Kicap :

  • 4 ulas bawang putih saiz sederhana – cincang halus
  • 2 cm halia – cincang halus
  • 6 sudu makan kicap manis
  • 6 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu teh Lada sulah
  • Sedikit air
  • Garam gula mengikut selera tekak

Cara Buat Kuah Kicap Resepi Mee Kicap :

#1: Tumis halia dan bawang putih sampai wangi.Masukkan kesemua jenis sos dan kicap.. Masukkan air dan perasakan.
Masak sampai mendidih tutup api.

Letak mee dalam bekas, ambil sedikit kuah dan gaulkan untuk bagi sedikit rasa dan warna menarik. Gaul rata. Tinggalkan lebihan kuah kicap untuk dimakan bersama mee kemudian nanti.

Bahan Resepi Sup Bebola Ikan Mee Kicap :

  • 2 ulas bawang putih saiz sederhana diketuk
  • 10-15 bebola ikan
  • 2-3 keping fish cake
  • 1 kiub ayam
  • 2-3 gelas air
  • Sedikit daun sup atau daun ketumbar

Cara Buat Sup Bebola Ikan :

#1: Tumis bawang putih dan masukkan air serta kiub ayam. Biarkan mendidih. Masukkan bebola ikan dan fish ball. Dah masak tutup api dan tabur daun ketumbar atau daun sup. Siap.

Sedap pula makan resepi mee kicap ni. Lengkap dengan sayur, bawang putih rangup, lauk , bebola ikan. Aduhai. Boleh buat sendiri di rumah. Senang sangat ni.

Bahan Sayuran Untuk Mee Kicap :

  • Brokoli
  • Pak choi
  • Carrot

Celur semua sayur tos letak tepi.

Lauk Resepi Mee Kicap Iaitu Ayam :

6-7 ketul ayam direbus separuh masak. Kemudian dikeluarkan dan diperap dengan 1 sudu makan sos tiram, 1/2 sudu makan kicap masin dan 2 sudu makan kicap manis serta sedikit lada sulah.

Perap 2-3 jam di dalam peti. Barulah digoreng bagi dapatkan rasa rangup di bahagian luar. Sekejap je goreng dia. Api kecil untuk elakkan hitam hangit.

Bahan Resepi Bawang Putih :

2 labu bawang putih masukkan dalam food chopper atau dicincang halus.Goreng dalam minyak yang banyak dan guna api perlahan untuk elakkan hangit.

Bila bawang dah kekuningan sikit, tutup api. Siap. Simpan bersama minyak-minyaknya. Sedap dan tahan lama.

Sedap pula makan resepi mee kicap ni. Lengkap dengan sayur, bawang putih rangup, lauk , bebola ikan. Aduhai. Boleh buat sendiri di rumah. Senang sangat ni.

Dah siap semua dah kan cara buat resepi mee kicap ipoh ini, boleh la makan bersama cili potong dalam kicap cair. Sedap sungguh. Ada banyak rasa dalam satu suapan. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom