Resepi Mee Sizzling Goreng Sedap Best Dah Macam Kat Kedai

404
Kalau anda teringin nak buat resepi mee sizzling goreng yang macam kat kedai tu, boleh lah cuba resepi yang sangat sedap ni. Dah macam order kat kedai

Kalau anda teringin nak buat resepi mee sizzling yang macam kat kedai tu, boleh lah cuba resepi yang sangat sedap ni. Dah macam order kat kedai sewaktu sebelum musim PKP dah. Rindu kan waktu tu.

Kalau anda suka rasa masam-masam pedas sikit, letakkan lada jeruk. Nak buat lada jeruk yang sedap, kami dah kongsikan resepi di sini :

BACA DI LINK BARU : Resepi Cili Jeruk Rangup Tahan Lama.Best Letak Dalam Mee Goreng

Resepi mee sizzling ni kalau nak sedap, masak atas pan yang tebal tu. Tapi kalau kat rumah, takpe. Guna je kuali nonstick. Pakai api besar, masukkan kuah sizzling dan mesti pecahkan telur.

Kena lak dengan sayur pakchoy. Fuhh sedap.

Terima kasih kepada Puan Suzana Othman di atas perkongsian resepi mee sizzling sedap ni. Rugi kalau kita tak cuba kan.

Kalau anda teringin nak buat resepi mee sizzling goreng yang macam kat kedai tu, boleh lah cuba resepi yang sangat sedap ni. Dah macam order kat kedai

Bahan Resepi Mee Sizzling :

Bahan Kuah :

  • 1 mangkuk ayam bahagian isi -potong dan bersihkan.
  • 10 biji cendawan shiitake kering -rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian.
  • 10 tangkai cili kering -potong (kurangkan jika tak nak pedas)
  • 5 ulas bawang putih -cincang
  • 1 inci halia -hiris nipis
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam (yg dikisar sendiri)
  • 1 senduk kicap pekat
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 3 sudu makan tepung jagung yg dilarutkan dalam sedikit air
  • Garam
  • Gula
  • 1 liter air

Bahan Mee :

  • 1 bungkus yee mee
  • Telur
  • Pakchoy

Kalau anda teringin nak buat resepi mee sizzling goreng yang macam kat kedai tu, boleh lah cuba resepi yang sangat sedap ni. Dah macam order kat kedai

Cara Buat Resepi Mee Sizzling Istimewa :

#1: Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar. Masukkan ayam bersama kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam.

Biarkan ayam separuh masuk dan barulah masukkan cendawan shiitake.Tambah 1liter air serta perasakan dengan garam dan gula.

Bila dah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah mulai pekat. Tutup api. Dah siap dah stok atau kuah mee sizzling.

#2: Bila nak makan, sediakan kuali non stick, letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas yee mee. Buka api dapur besar dan masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga mee lembut. Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yg ingin disediakan.

Kalau anda teringin nak buat resepi mee sizzling goreng yang macam kat kedai tu, boleh lah cuba resepi yang sangat sedap ni. Dah macam order kat kedai

Dah siap dah resepi mee sizzling goreng sedap. Senang je kan.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom