Resepi Minyak Cili Serai Best Makan Dengan Nasi Bubur, Sup

5042
Resepi minyak cili serai ni memang sedap untuk anda tambah dalam masakan berasaskan air. Bukan sahaja untuk nasi bubur, sup malah boleh letak dalam sayur air
Resepi minyak cili serai ni memang sedap untuk anda tambah dalam masakan berasaskan air. Bukan sahaja untuk nasi bubur, sup malah boleh letak dalam sayur air, mee berkuah , mee goreng dan lain-lain.

Buat je sekali resepi minyak cili serai ni lepas tu bolehlah anda simpan dalam peti air atau pada suhu bilik iaitu di luar peti ais, Tiada masalah. Nak makan, ambil je. Boleh tahan sehingga sebulan. Tak perlu buat banyak, cukup sekadar untuk 1 bulan tempoh penggunaan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Bingka Labu Cheese Garing Best Bahagian Luar. Sedappp

Untuk tips resepi minyak cili serai ni, kalau anda tak suka pedas, gunakan separuh genggam cili padi dan separuh lagi guna cili besar. Untuk cili kering pula, gunakan jenis yang besar kalau anda tak terlalu suka pedas.

Terima kasih kepada Puan Riena Ereena di atas sumbangan resepi yang menarik ini. Boleh kami cuba.Sedapnya.
Resepi minyak cili serai ni memang sedap untuk anda tambah dalam masakan berasaskan air. Bukan sahaja untuk nasi bubur, sup malah boleh letak dalam sayur air

Bahan Resepi Minyak Cili Serai :

  • 5 batang serai (hiris dan kisar kering)
  • 2 labu bawang putih( cincang)
  • Segenggam cili padi (cincang)
  • 6 tangkai cili kering( goreng sekejap dan kisar kasar kering)
  • 1 1/2 cawan minyak masak (minyak perlu banyak, kalau kurang minyak boleh tambah lagi)
  • Secubit garam

Cara Penyediaan Resepi Minyak Cili Serai :

#1: Kesemua ini dimasak menggunakan api kecil dan sentiasa dikacau untuk bahan masak dengan sekata serta tidak terasa hangit. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai. Goreng 5 minit dan angkat.

Kemudian masukkan lagi bawang putih yang dah dicincang,goreng 5 minit juga dan angkat . Tak perlu tos nanti nak campur dalam minyak yang sama juga.

Masukkan pula cili padi yang dicincang dan goreng 10-15 minit hingga kepingan cili tadi menjadi garing. Angkat .

Resepi minyak cili serai ni memang sedap untuk anda tambah dalam masakan berasaskan air. Bukan sahaja untuk nasi bubur, sup malah boleh letak dalam sayur air

Akhir sekali, masukkan cili kering bersama dengan secubit garam. Goreng selama 5 minit. Tutup api dan masukkan semua bahan gorengan ke dalam minyak .

Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Nak guna, bolehlah ambil sesudu dua. Sedap. Rugi tak buat.

Simpan dalam botol kaca ya .Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom