Resepi Mudah Kuih Lapis Yang Wangi Dengan Sukatan Cawan

20913
resepi kuih lapis sukatan cawan

Lama dah tak mencuba  buat kuih lapis untuk dimakan kan. Jadi kali ini kami akan berikan resepi penuh kuih lapis menggunakan tepung beras yang semestinya teserlah rasa lemak,rasa wangi dan juga lebih lemak bila masuk ke dalam mulut.

Bagi memudahkan anda semua , kami berikan cara buat kuih lapis ini dalam sukatan cawan. Lagi mudah untuk anda ikut membuat salah satu daripada kuih tradisional ini kan. Tak kisah anda nak guna berapa lapis warna tuk kuih ini , asalkan ianya kena pada mata anda. Terima kasih kepada Puan Mawar Wilsa atas resepi kali ini.

Biasanya kuih lapis ini menggunakan tepung gandum yang lebih , tapi sengaja kami lebihkan tepung beras ya . Tips supaya loyang yang digunakan tidak melekat adalah sapukan minyak masak di sekeliling loyang dan alaskan dengan baking paper supaya kuih anda senang dikeluarkan.

Jom tengok bahan-bahan kuih lapis ini dalam sukatan cawan
Tips : Gunakan cawan yang sama tuk setiap sukatan
Bahan A
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
2 cawan santan pekat
.BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Serabai Lazat Dengan Kuah Durian Wangi
Bahan B
1 1/4 cawan gula pasir yang diblend jika tiada gula halus
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan-di simpul
.
Semua bahan yang diperlukan dah ada, jom ke step seterusnya iaitu cara menghasilkan kuih lapis ini langkah demi langkah.
.
Pertama: Hidupkan api dan panaskan periuk . Masukkan bahan-bahan B ke dalam periuk dan pastikan sehingga gula larut sepenuh . Tutup api dan rehatkan seketika sehingga adunan menjadi suam.
.resepi kuih lapis sukatan cawan
Kedua: Kacau rata semua bahan A dan mula masukkan bahan B tadi dan teruskan kacau sehingga sebati . Untuk dapatkan tekstur kek lapis yang cantik dan licin, tapis adunan. 
.
Ketiga:  Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan letak pewarna serta perisa yang anda mahukan . Untuk kali ini pewarna hijau apple dengan perisan pandan serta putih tanpa apa-apa perisa.Panaskan penguus sehingga air mula mendidih dan masukkan pengukus. Guna api sederhana ya.
.
Keempat:  Masukkan sukatan satu cawan adunan kuih lapis ke dalam pengukus dan kukus sekejap sekitar 4-5 minit tuk satu lapisan. Ulang langkah ini dengan adunan satu lagi sehingga selesai. Untuk lapisan terakhir sekali di bahagian atas , kukus selama 20 minit dengan tutup pengukus dan bila dah masak , buka penutup dan kukus lagi 10 minit supaya wap air  kering dan anda akan dapat kuih yang cantik lapisannya serta lambat basi Tips : untuk elakkan air jatuh ke dalam kuih , letakkan tuala di sekeliling permukaan pengukus sebelum tutup. Anda juga boleh buka penutup pengukus setiap 10 minit tuk pastikan permukaan kuih lapis menjadi licin dan cantik
.
Bila dah masak , sejukkan sehingga betul-betul sejuk . Barulah boleh dipotong cantik. Gunakan pisau plastik atau sapu sedikit minyak zaitun pada pisau besi untuk dapatkan potongan yang kemas dan lurus elok. 

Buka di link baru , anda mungkin sukakan ini: