Resepi Mudah Nugget Ayam Cara Atkins Diet

7967
Siapa di sini sedang diet ? Boleh cuba hidangan lazat tapi rendah lemak ini. Sangat sesuai untuk pengamal diet atkin. Jom kongsi dengan kawan-kawan.
Siapa di sini sedang diet ? Boleh cuba hidangan lazat tapi rendah lemak ini. Sangat sesuai untuk pengamal diet atkin. Jom kongsi dengan kawan-kawan.

Salam kepada pengunjung dari dapur . com ? Ada sesiapa yang sedang diet sekarang ? Tapi sentiasa lapar akibat makan makanan yang tak best ? Apa kata cuba Resepi Mudah Nugget Ayam Cara Atkins Diet . Rendah karbohidrat , sihat dan tinggi protein .

Bahan – bahan yang digunakan lulus untuk pengamal diet atkin dan anda boleh olah nugget anda mengikut kesesuaian selera anda sendiri. Jom kita lihat resepi mudah ini.

Bahan – Bahan Resepi Mudah Nugget Ayam Cara Atkins Diet

2 dada ayam yang dibuang kulit
1/2 biji bunga kubis ( cauliflower )
1 ulas bawang merah sederhana besar
1 biji lada  hijau atau boleh guna serbuk lada
2 biji telur ayam
Sedikit minyak tanpa kolestrol untuk menggoreng
Sedikit lada hitam sebagai perasa

Cara – Cara Penyediaan Resepi Mudah Nugget Ayam Cara Atkins Diet

Pertama , rebus dada ayam sehingga empuk . Selepas itu masukkan bunga kubis yang telah dipotong dan rebus sehingga lembut. Biarkan air rebusan ayam menyerap ke dalam lapisan bunga kubis untuk rasa yang lebih lazat . Isi ayam yang telah empuk tadi dicarik halus apabila sejuk . Toskan bunga kubis yang telah lembut.

Kedua , menggunakan blender , masukkan bunga kubis , lada dan bawang merah . Kisar sehingga hancur  ramuan ini .

Ketiga , masukkan bahan kisar ke dalam sebuah bekas besar , lada hitam , selepas itu masukkan isi ayam yang telah dicarik-carik halus dan pecahkan dua biji telur ke dalam bekas.

Keempat , bentukkan menjadi nugget dan panaskan minyak tanpa kolestrol , goreng nugget sehingga kekuningan . Siap reseoi nugget ayam cara atkin diet ini .

Untuk hidangan , anda boleh tambah salad atau sos cili yang diluluskan dalam diet atkin .Senang kan. Selamat mencuba  .

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Resepi Cucur Udang Rangup
Resepi Kuih Cakoi Lembut

Resepi Kuih Apam Puteri
Resepi Mudah Kuih Cara Manis
Resepi Kuih Bingka Susu

Resepi Kuih Lompang Pandan

Resepi Curry Puff Lazat
Resepi Kuih Bom Kacang
Resepi Kuih Talam Suji
Resepi Kuih Talam Lapis Pulut Hitam
Resepi Kuih Talam Keladi

serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel