Resepi Mudah Sagu Gula Melaka 

38064

Bayangkan makan waktu berbuka puasa nanti. Sejuk tekak kan. Sedapnya. Jom berkongsi semua dgn kawan-kawan. Resepi oleh Ieta Abdullah. 

Bahan Puding Sagu:
1 cawan biji sagu bewarna

2 liter air

1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara Menyediakan Puding Sagu:

1.Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan

2.Didihkan air bersama daun pandan.

3.Masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.

4.Masak sampai sagu bertukar jernih.Tutup api dan biarkan seketika.

5.Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji.

Bahan Untuk Kuah Gula Melaka:

1 ketul gula melaka ( hiris kecil dan nipis supaya mudah larut)

1/2 cawan gula pasir / 100gram gula pasir

1/2 cawan air / 125ml air

1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara Menyediakan Kuah Gula Melaka:

– Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis dan disejukkan.

Bahan Untuk Kuah Santan :

1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam

Cara Menyediakan :

– 1 cwn santan pekat masak bersama 1 cwn air,tambah sedikit garam dan sejukkan.

Nota:

*** Jika guna sagu putih.selepas tos kan sagu yg sdh masak.Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing2.Kacau guna garfu.pastu, bilas ngan air masak..x nak pon boleh.

*** Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam. Boleh juga kuah santan digantikan dgn susu cair.(k.ieta gn susu cair jer)

Untuk menghidang cara asingan :

boleh jg sagu yg dah siap masak dimasukkan dalam acuan..sejuk kan dlm peti ais…Bila nak makan..keluarkan sagu dari acuan, curahkan kuah santan/susu cair dan juga kuah gula melaka.

SELAMAT MENCUBA 🙂