Resepi Muffin Blueberry Gebu

5122
Resepi Muffin Blueberry Gebu
Resepi Muffin Blueberry Gebu

Bahan – Bahan

Bahan A untuk Resepi Muffin Blueberry Gebu
150g gula kaster
120g butter
30g madu
15g susu tepung
1/2 sk esen vanila

Bahan B untuk Resepi Muffin Blueberry Gebu
2 biji telur, gred A

Bahan C untuk Resepi Muffin Blueberry Gebu
300g tepung naik sendiri, diayak
165g air

Bahan D untuk Resepi Muffin Blueberry Gebu
Blueberry pie filling secukupnya

Cara – Cara Membuat  Resepi Muffin Blueberry Gebu

1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan acuan muffin/cupcake, susunkan papercup dalamnya. Ketepikan.

2. Pukul bahan2 A hingga lembut & berkrim.

3. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.

4. Kemudian, masukkan bahan C, berselang seli. Gaul rata guna spatula hingga sebati (jangan terlebih gaul, cukup sekadar adunan bercampur sahaja).

5. Masukkan 1/4 penuh adunan muffin kedalam papercup yang di sediakan tadi. Kemudian, masukkan pula sedikit bahan D, agak2 dalam 1 sudu kecil banyaknya. Masukkan lagi adunan muffin hingga 3/4 penuh. Letakkan sedikit bahan D atasnya. Buat hingga habis.

6. Bakar adunan pada suhu 180 C selama 20 – 25 minit. Sejukkan atas wire rack. Senang je kan Resepi Muffin Blueberry Gebu