Resepi Muffin Coklat Chip Tanpa Mixer.Mudahnya!

1854
Apakata anda cuba muffin coklat yang sangat mudah ni.Bahan - bahan untuk membuat muffin ni pon senang.Guna tepung gandum,serbuk koko dan bahan lain.Nak hias muffin coklat ni dengan coklat chip pon sedap sangat tau.

Selain daripada resepi kek dan biskut yang boleh anda buat di rumah untuk hidangan keluarga, resepi menu muffin pun boleh ditambah dalam senarai tunggu resepi yang akan dicuba tau.Kalau sebut muffin , mesti terbayang muffin coklat, muffin pisang , muffin vanilla dan sebagainya.

Apa beza muffin dan cupcake ya? Mesti anda terfikir disebabkan kedua benda ni lebih kurang sama ya? Ok antara perbezaan mudah yang boleh kenal pasti adalah:

  • Muffin daripada keluarga roti manakala cupcake pula dari kek.
  • Muffin biasanya dijamu pada sebelah pagi dan sebagai hidangan minum petang manakala cupcake pada majlis keraian
  • Muffin tak de deco sarat daripada krim di atas
  • Muffin juga biasanya pecah / mengembang pada bahagian atas dan sesuai dimakan selepas masak disebabkan lembut.Bila dah biar lama, ianya akan mengeras.

Ok dah dapat sedikit ilmu mengenai perbezaanya?

Jom kita tengok resepi muffin coklat gebu hasil air tangan Puan Zaimah Zakaria .Untuk pengetahuan mereka yang pertama kali melihat web kami, Puan Zaimah telah memberikan kebenaran untuk kami siarkan resepinya selepas kami menghubungi beliau pada suatu masa dlu.

Apakata anda cuba muffin coklat yang sangat mudah ni.Bahan - bahan untuk membuat muffin ni pon senang.Guna tepung gandum,serbuk koko dan bahan lain.Nak hias muffin coklat ni dengan coklat chip pon sedap sangat tau.

Jom tengok bahan-bahan untuk muffin coklat ni :

  • 3 cawan tpg gandum *
  • 1 cawan serbuk koko*
  • 1 sudu teh baking powder *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh garam *
  • 1 1/2 cawan 2 cawan gula
  • 2 biji telur gred A
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan minyak jagung/masak

Kenapa tak guna mixer tapi muffin coklat ni gebu ? Ianya adalah hasil tindak balas agen penaik iaitu serbuk soda bikarbonat dan juga baking powder ya. Nanti kalau nak buat dan guna hand mixer pun boleh.Lagi bertambah-tambah gebu dan merekah la muffin awak.

Jom tengok cara penyediaan muffin ni :

#1: Panaskan oven sekitar 10 minit pada suhu 210’C.Biarkan. Untuk bahan-bahan yang bertanda *, satukan ke dalam bekas besar dan ayak .Ayak 2-3 kali untuk dapatkan adunan yang sangat sebati.

#2: Masukkan bahan basah iaitu telur,susu,gula dan minyak jagung.Kacau atau hand mixer atau guna je blender sehingga semua sebati.3 pilihan kami beri tu tau.Campurkan bahan kering ke dalam adunan basah bila dah sebati dan kacau sehingga tidak berketul.Jika masih berketul,anda boleh tapis adunan.

#3: Susun paper cup pilihan anda dan isikan dengan adunan.Jangan isi penuh tau.Cukup pada 3/4 isipadu paper cup sahaja.Nak tabur coklat chip atas muffin atau almond atau apa-apa,dipersilakannya.

#4: Bakar muffin coklat dengan topping pilihan anda pada suhu 200’C dan selama 20 minit bergantung pada jenis oven anda menggunakan api atas bawah ya.Siap.

Apakata anda cuba muffin coklat yang sangat mudah ni.Bahan - bahan untuk membuat muffin ni pon senang.Guna tepung gandum,serbuk koko dan bahan lain.Nak hias muffin coklat ni dengan coklat chip pon sedap sangat tau.

Muffin memang kena makan panas-panas.Pekena dengan secawan kopi memang ngam.Kalau dah sejuk ianya tak sedap jadi keras.Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom