Resepi Muffin Jagung Lembut Dan Best. Mudah Sangat Buat

15740
Kami berikan resepi muffin jagung untuk anda buat sebagai menu minum petang. Senang sangat nak hasilkan muffin ni. Sedap pun sedap .Jom buat muffin jagung

Kami berikan resepi muffin jagung untuk anda tambah dalam senarai menu minum petang. Sedapnya kan. Mudah pun mudah buat. Dah ada 3 jenis resepi muffin kami berikan di sini, iaitu muffin coklat  dan juga muffin pisang.

Apa beza muffin dan cupcake ya? Mesti anda terfikir disebabkan kedua benda ni lebih kurang sama ya? Ok antara perbezaan mudah yang boleh kenal pasti adalah:

  • Muffin daripada keluarga roti manakala cupcake pula dari kek.
  • Muffin biasanya dijamu pada sebelah pagi dan sebagai hidangan minum petang manakala cupcake pada majlis keraian
  • Muffin tak de deco sarat daripada krim di atas
  • Muffin juga biasanya pecah / mengembang pada bahagian atas dan sesuai dimakan selepas masak disebabkan lembut.Bila dah biar lama, ianya akan mengeras.

Ok dah dapat sedikit ilmu mengenai perbezaanya?

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Chiffon Pandan Gebu Best Dan Mudah Untuk Dibuat

Terima kasih kepada Tuan Mohd Kholil Musa di atas perkongsian resepi muffin jagung yang sedap ini. Boleh la kita semua buat dan juga boleh dijual untuk menambah pendapatan kan.

Kami berikan resepi muffin jagung untuk anda buat sebagai menu minum petang. Senang sangat nak hasilkan muffin ni. Sedap pun sedap .Jom buat muffin jagung

Bahan Resepi Muffin Jagung Lembut : 

Kuantiti untuk 18-20 biji muffin ye bahan resepi ini.

  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 cawan jagung tin (sweet corn/creamy)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 3 sudu teh sirap jagung (pati yg bancuh air jagung)
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh baking powder *
  • 1/2 sudu teh baking soda *

Kenapa tak guna mixer tapi resepi muffin jagung ni gebu ? Ianya adalah hasil tindak balas agen penaik iaitu serbuk soda bikarbonat dan juga baking powder ya. Nanti kalau nak buat dan guna hand mixer pun boleh.Lagi bertambah-tambah gebu dan merekah la muffin awak.

Cara Buat Resepi Muffing Jagung Paling Senang :

#1: Panaskan oven sekitar 10 minit pada suhu 180’C.Biarkan. Untuk bahan-bahan yang bertanda *, satukan ke dalam bekas besar dan ayak .Ayak 2-3 kali untuk dapatkan adunan yang sangat sebati.

#2: Masukkan bahan basah iaitu telur,susu,gula,jagung manis,sirap jagung dan minyak .Kacau atau hand mixer atau guna je blender sehingga semua sebati.3 pilihan kami beri tu tau.Campurkan bahan kering ke dalam adunan basah bila dah sebati dan kacau sehingga tidak berketul.Jika masih berketul,anda boleh tapis adunan. Bahan kering ialah campuran tepung tadi bersama serbuk penaik.

Kami berikan resepi muffin jagung untuk anda buat sebagai menu minum petang. Senang sangat nak hasilkan muffin ni. Sedap pun sedap .Jom buat muffin jagung

#3: Susun paper cup pilihan anda dan isikan dengan adunan.Jangan isi penuh tau.Cukup pada 3/4 isipadu paper cup sahaja.Nak tabur coklat chip atas muffin atau almond atau apa-apa,dipersilakannya.

#4: Bakar muffin jagung dengan topping pilihan anda pada suhu 170’C dan selama 20 minit bergantung pada jenis oven anda menggunakan api atas bawah ya.Siap.

Muffin memang kena makan panas-panas.Pekena dengan secawan kopi memang ngam.Kalau dah sejuk ianya tak sedap jadi keras.Selamat mencuba tau resepi muffin jagung ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom