Resepi Muffin Pisang Wangi Guna Tangan Je Tak Perlu Mesin

59442
Kalau jemu makan makan muffin coklat, apakata cuba resepi muffin pisang yang harum semerbak ni. Memang kena untuk minum petang bersama air kopi panas kan. Sedap.

Untuk pengunjung laman web ini, hari ini kami berikan anda resepi muffin pisang yang sangat mudah untuk disediakan. Tak perlu susah-susah nak sediakan mesin pengisar, nak basuh bekas. Hanya guna senduk kayu dan garpu sahaja dah cukup untuk siapkan menu minum petang kita ni. Dihidangkan pula bersama air kopi atau tea o panas, memang sesuai menikmati suasana petang selepas penat bekerja.

Untuk dapatkan lebih harum dan sedap muffin pisang ni, digalakkana anda guna pisang berangan. Tapi seperti biasa, kalau takde, guna je apa-apa pisang yang anda suka seperti pisang emas atau pisang lemak manis dan sebagainya.

Terima kasih kepada Puan Raja Amalina di atas sumbangan resepi muffin pisang ini. Semoga puan murah rezeki. Memang berbaloi untuk anda yang mencari resepi ini.

Untuk resepi coklat chip tanpa mixer, anda boleh ke link di bawah ini. Turut kami sertakan juga.

BACA DI LINK BARU : Resepi Muffin Coklat Chip Tanpa Mixer.Mudahnya!

Bahan Resepi Muffin Pisang Mudah : 

  • 3 biji pisang berangan saiz sederhana
    *lecek dan biarkan sekejap hingga warna pisang jadi gelap
  • 2cawan tepung gandum
  • 2 biji telur ayam dipukul dengan garpu sahaja
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • Pisang untuk hiasan jika mahu

Soda bikarbonat dan juga baking powder bertindak sebagai agen penaik dan memerangkap udara agar muffin yang siap dibakar tidak tenggelam semula.

Kalau jemu makan makan muffin coklat, apakata cuba resepi muffin pisang yang harum semerbak ni. Memang kena untuk minum petang bersama air kopi panas kan. Sedap.

Cara Buat Resepi Muffin Pisang Mudah : 

#1: Dalam bekas, campurkan tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat,garam dan ayakkan 2 kali untuk dapat hasil yang sebati. Ketepikan seketika. Lenyekkan pisang dalam bekas lain juga dan biarkan warna pisangh menjadi gelap. Ini untuk dapatkan muffin yang cantik bila dibakar.

Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan kacau dengan garpu biar bercampur sebati antara kuning dan putih telur, tambahkan gula, essen vanila dan minyak.Kacau sebati guna senduk kayu sahaja. Baru masukkan pisang yang dilenyek tadi.

#2: Tambahkan bahan yang diayak kering tadi iaitu campuran tepung sambil kacau dengan senduk kayu. Masukkan sedikit demi sedikit dan bagi sebati.

Panaskan oven pada suhu 180’C selama 10 minit. Sambil itu, susun bekas cawan muffin dan isikan 3/4 adunan ke dalam cawan. Hias dengan pisang yang dihiris nipis. Tekan sedikit.

Kalau tiada cawan dan ada acuan dia, oles sedikit minyak pada acuan dan baru tambahkan adunan 1/2. Ini untuk elak melekat dan melimpah.

Kalau jemu makan makan muffin coklat, apakata cuba resepi muffin pisang yang harum semerbak ni. Memang kena untuk minum petang bersama air kopi panas kan. Sedap.

Bakar pada suhu 170’C selama 20-25 minit dan menggunakan api atas dan bawah. Masa pembakaran mungkin berbeza mengikut jenama oven anda.

Dah siap dah resepi muffin pisang berangan.Memang harum semerbak bau dia. Kalau nak lebih sedap, belah dua dan letak aiskrim atau makan dengan jem pun ok. Asalkan kena dengan selera.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom